Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 31 Mac 2010

TERKINI: TAKLIMAT "KONVOI NASIONAL BUAT GAZA"


Tarikh : 1 Apr 2010

Jam : 2 ptg

Tempat : Dewan Muslimat, Masjid Wilayah, Jln. Duta KL.

Undangan: Perlu diberitahu dahulu kerana tempat terhad. Hubungi 0123333825 untuk info lanjut. Program ini adalah anjuran MAPIM (Majlis perundingan pertubuhan Islam Malaysia).

REJIM ZIONIS MEMBUKA PERSIMPANGAN ABU SALEM


Rabu, 31/03/2010 -Para pegawai Israel hari ini membuka persimpangan Karem Abu Salem untuk membenarkan kemasukan bantuan bahan bakar yang terhad ke kawasan Semenanjung Gaza, sementara simpang Al-Montar masih ditutup.

Para pegawai Israel akan membenarkan kemasukan van sebanyak 113-123 yang penuh dengan muatan barang-barang bantuan untuk kedua-dua sektor pertanian dan industri.” kata Raed Fatouh, pegawai perhubungan Palestin kepada agensi berita Safa. Beliau menambah bahawa mereka akan menghadkan jumlah pam gas untuk memasak dan bahan bakar yang diperlukan untuk menjalankan penjanaan kuasa di Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph

ISRAEL MENJANGKA KRISIS TERBARU DENGAN EROPAH


Rabu, 31/03/2010 – Sumber politik Israel percaya tuntutan yang diajukan oleh Presiden AS Barack Obama terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ketika pertemuan mereka di White House minggu lalu, menunjukkan niat Amerika bagi mengenakan status perjanjian kekal antara Israel dan Palestin selama dua tahun.

Sumber itu percaya bahawa tuntuan yang disebutkan bukanlah (puncak gunung ais) sebagaimana yang mereka katakan dan membawa perubahan dramatik dalam dasar AS terhadap Israel.

Sumber itu menunjukkan keseriusan permintaan Amerika bagi meletakkan isu status perjanjian kekal atas meja rundingan sewaktu pertemuan tidak langsung dengan Palestin dengan harapan akan dilancarkan yang mana ia akan mencadangkan pengenalan mekanisme di luar rundingan langsung dan mengenakan kedua-dua pihak satu berbentuk kompromi daripada pihak Amerika sendiri.

sumber : The Palestine Telegraph

BRITAIN SIASAT MOSSAD PALSUKAN RIBUAN PASPORT


Rabu, 31/03/2010 – Pihak keselamatan Britain menjalankan siasatan berkenaan dakwaan pemalsuan yang dilakukan oleh Mossad terhadap ribuan paspot Britain selepas pendedahan terbuka Mossad melakukan pemalsuan terhadap beberapa paspot bagi melaksanakan jenayah pembunuhan seorang pemimpin kanan HAMAS, Mahmoud al-Mabhouh.

Akhbar Britain ‘Berita Dunia’ melaporkan wujud petanda di pihak perisikan Britain (M16) menunjukkan Mossad melakukan pemalsuan ribuan paspot Britain, dengan bantuan sebuah syarikat penerbangan Zionis yang bekerjasama dengan Mossad.

Akhbar Britain itu memetik daripada beberapa orang pegawai badan perisikan Britain itu yang berkata bahawa Mossad melalui aktiviti tertutupnya dengan syarikat penerbangan Israel itu berupaya memalsukan ribuan paspot Britain. Terdapat juga kebimbangan bahawa beberapa paspot tersebut telah digunakan dalam pembunuhan pimpinan HAMAS, Mahmoud al-Mabhouh.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

HASIL SIDANG KEMUNCAK LIGA ARAB TIDAK MEMUASKAN


Rabu, 31/03/2010 – HAMAS mengatakan hasil Sidang Kemuncak Liga Negara Arab di Libya yang berakhir pada hari Ahad (28/3) tidak berjaya mencapai dan memenuhi harapan dan wawasan majoriti bangsa Arab. Ini kerana hasilnya tidak memberikan jawapan yang dikehendaki terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bangsa Arab, terutamanya kebejatan kerajaan haram Zionis yang berterusan menjajah dan menduduki tanah suci bangsa Arab dan usaha mereka untuk mengyahudikannya dengan meruntuhkan Masjid al-Aqsa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Medianya yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada petang Ahad, HAMAS menganggap bahawa resolusi sidang kemuncak tersebut yang terus mahu berpegang dengan proses rundingan sebagai opsyen strategik tanpa berfikir mencari opsyen alternatif lain terutamanya opsyen meneruskan perjuangan, akan menyebabkan kerajaan haram Zionis akan terus bermaharajalela. Cadangan untuk menghubungkan ‘memulakan rundingan tidak langsung’ dengan ‘pemberhentian pembinaan penempatan haram’ telah pun dicuba dan kerajaan haram Zionis membalasnya dengan mereka menambah projek pembinaan penempatan haram di tengah-tengah bandar al-Quds sendiri.

Kenyataan itu juga menambah: “Rakyat Palestin dan bersama mereka bangsa Arab lainnya, amat mengharapkan agar kajian semula dibuat untuk melihat opsyen-opsyen politik yang ada, iaitu dengan bersatu mengguna pakai satu strategi baru yang berdasarkan kesatuan saf Arab dalam menyokong dan mendokong pihak perjuangan yang sudah membuktikan kemampuannya untuk menundukkan regim Zionis tanpa sebarang syarat sebagaimana berlaku di selatan Lubnan dan Gaza.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

NETANYAHU ADALAH PELAMPAU


Rabu, 31/03/2010 - Ahli Parlimen Dr Mustafa Barghouthi, Setiausaha Agong Palestinian National Initiative, berkata Netanyahu dan kerajaannyalah yang seharusnya disifatkan sebagai PELAMPAU dan bukan rakyat Pelastin. Namun Netanyahu menuduh bahawa rakyat Pelestin apa yang ia buat, dan ia lupa bahawa dia adalah ketua kepada penceroboh.

sumber : The Palestine Telegraph

RUMAH AKAN ROBOH DI BAITULMAQDIS


Rabu, 31/03/2010 – Sumber memastikan lebih daripada 20 ribu rumah di Baitulmuqaddis akan dirobohkan oleh ketetapan mahkamah Israel, mengatakan bahawa rumah.rumah menyalahi undang-undang perumahan dalam tempoh 10 tahun kebelakangan dan memerlukan pemilik memperolehi permit bangunan ketika tahun itu , perlu diperbaharui, Dimana agak mustahil majoriti pemilik untuk mengemukakan pelaninduk bagi kawasanyang telah digunakan untuk membina rumah itu, atau kerana sememangnya undang-undang dan peraturan adalah berubah dan dikuatkuasakan Perbandaran Baitulmuqaddis Barat terhadap penduduk Palestin di Baitulmuqaddis.

Rumah itu tersenarai untuk dirobohkan termasuk rumah yang menghadapi isu pengurusan perobohan oleh President Perbandaran Baitulmuqaddis Barat atau arahan perobohan daripada mahkamah Israel, bermakna, pemilik rumah-rumah itu berkeadaan panik dan bimbang dihalau daripada rumah mereka. Boleh dikatakan, polisi ini membuatkan penduduk menghadapi kos kewangan perbelanjaan yang tinggi termasuk membina dan yuran jurutera dan peguam dan juga nilai bangunan yang diarahkan roboh oleh mahkamah.

sumber : The Palestine Telegraph

ISRAEL HANTAR AJK PUSAT FATAH KE PENJARA OFER


Rabu, 31/03/2010 – Tentera Rejim Zionis telah memindahkan Abbas Zaki, ahli jawatankuasa pusat Fatah ke penjara Ofer berdekatan Ramallah, menurut Kelab Banduan Palestin (PPC) Isnin lalu. Zakki, yang ditahan di Bethlehm semalam, telah dikenakan tahanan empat hari di satu Penjara Israel, kata PPC.

Tentera Rejim Zionis menahan Zaki dengan 11 lagi rakyat Palestin berdekatan Bethlehem semalam ketika mereka menyertai satu demonstrasi popular sempena hari kebesaran kristian ‘Palm Sunday’.

sumber : The Palestine Telegraph

Selasa, 30 Mac 2010

Hassan Nasrallah: Hero Rakyat Lubnan


Jika ditanyakan kepada masyarakat Islam di seluruh dunia, siapakah hero di dalam peperangan Zionis-Lubnan 2006, pastinya lebih 90% akan menjawab: “Syed Hassan Nasrullah dan Hizbullah”. Kemunculan pemimpin Hizbullah yang berwajah muda ini telah menjadi tumpuan dan penantian sepanjang sebulan terletusnya peperangan di bumi Lubnan.
baca lagi

FATAH DESAK HAMAS IKTIRAF ISRAEL



Ketua fraksi gerakan Fatah, Azam Ahmad mengatakan, pembentukan kerajaan campuran Palestin yang baru bergantung pada sikap pemerintah Palestin ketika ini atas program politik Palestin, termasuk pengiktirafan kewujudan negara Israel. Pernyataan ini dinyatakan Ahmad, salah seorang pembantu Presiden
Palestin, Mahmud Abbas. Beliau mengatakan, Abbas tidak akan membahaskan isu kerajaan campuran, kecuali setelah ada kesepakatan politik bersama Hamas.

Kesepakatan ini perlu mencantumkan pengakuan yang jelas dan nyata berkenaan inisiatif damai dari bangsa Arab termasuk perjanjian damai yang telah ditandatangani Organisasi Pembebasan Palestin
(PLO) bersama Israel. Pengiktirafan Hamas terhadap Israel membolehkan kumpulan tersebut menolak semua piagam perjanjian menghancurkan negara ‘Israel’.
Setelah itu, gerakan Fatah akan mendirikan negara Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Menurut Reuters, Abbas terpaksa melakukan perkara tersebut kerana
mendapat tekanan daripada pendokong Fatah serta Amerika dan Israel agar memulau pemerintahan Palestin sekarang serta membentuk pemerintahan baru dari kalangan teknokrat. Sebelumnya Abbas dan Hamas sepakat memulakan kembali perundingan
berkenaan pembentukan kerajaan campuran, dalam rangka mendapatkan bantuan dari negara-negara Barat yang mendesak Hamas agar mengiktiraf kewujudan negara Israel, melucutkan senjata serta
menerima kesepakatan sebelumnya antara PLO dan Israel.

Sementara itu, rakyat Palestin khuatir jika perbahasan mengenai kerajaan campuran antara Fatah dan Hamas akan memberi kesan kepada
meningkatnya pertentangan dari kedua-dua belah pihak akibat daripada kekalahan Fatah dalam pilihanraya umum terdahulu. Kemungkinan lain adalah negara-negara Barat akan menghentikan
terus bantuannya jika Hamas tidak mahu menggadaikan prinsip.

Bangkitlah Saudaraku

saudaraku…!!
dimanakah kita…??
di saat saudara kita derita,
di saat darah mengalir di tubuh mereka,
di saat tangisan menghujani tanah air tercinta,

Saudaraku…!!
sedarkah kita…??
mereka di sana dinoda,
mereka di sana disiksa,
mereka di sana bertarung nyawa,

Saudaraku…!!
butakah kita…??
melihat mereka rebah sebagai syuhada,
melihat hujan peluru yang membanjiri saban masa,
melihat yahudi bersorak meraih kematian saudara kita,
Saudaraku…!!
pekakkah kita,
mendangar rintihan mereka yang merobek jiwa,
mendengar letupan membinasa tubuh mereka,
mendengar lagu riang yahudi laknaktullah,

Saudaraku…!!
bodohkah kita…??
melihat perdamaian sebagai penamat sengsara,
menuduh saudara kita sebagai punca binasa,
lantang bersuara namun tiada hasilnya,

Saudaraku…!!
tak malukah kita…??
kita berharta,
tapi mereka,
melawan dengan pecahan batu-bata,
bangkit tanpa senjata yang gagah,
berbekalkan Allahuakbar,
mereka ke barisan pertama,
biar peluru menjadi hadiah,
mereka berundur selangkah

Saudaraku…!!
tak takutkah kita…??
bila Allah berkata,
apakah yang kita lakukan demi agama-Nya,
apakah yang kita buat demi Al-Aqsa,
apakah, apakah dan apakah…??

Bangunlah kita…!!
dari mimpi indah,
kita di ambang kesulitan,
agama kita diperlekehkan,
saudara kita diolok-olokkan,
bangkitlah…bangkitlah…bangkitlah…!!

Nasrallah: Kami Mampu Mensasarkan Sebarang Sasaran Keatas Israel



Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah berkata, partinya masih lagi mempunyai kemampuan untuk melancarkan peluru berpandu yang boleh mengenai sebarang sasaran atau tempat di Israel. Dan Syria juga telah bersedia untuk masuk ke kancah peperangan dengan Israel pada Julai 2006.

Beliau menjelaskan dalam temubual dengan Aljazeera sempena ulang tahun pertama peperangan Julai 2006 antara Hizbullah dan Israel bahawa tidak ada satu tempat pun di Palestin yang dijajah itu tidak dapat dijejaki oleh peluru berpandu hizbullah pada Julai dan Ogos 2006 lalu”.

Beliau berkata, tempat-tempat yang dibom oleh pesawat-pesawat Israel dalam peperangan pertama tidak mengenai simpanan peluru berpandu Hizbullah.

Beliau berkata, sebagaimana yang saya tahu, Syria telah memaklumkan kepada Israel melalui perantara bahawa ia tidak akan berdiri melihat sahaja sekiranya dua kawasan sempadannya dengan Lubnan di sebelah barat mencapai sebarang kemajuan.

Hassan Nasrallah: Hizbullah Masih Gagah!



Pemimpin Hizbullah, Sheikh Hassan Nasrallah berkata pimpinan kumpulan tersebut masih gagah sekalipun telah di serang hebat oleh tentera rejim Zionis.

Dalam satu temubual , Nasrallah berkata tentera rejim Zionis yang ditahan itu sama sekali tidak akan diserah sekalipun seluruh dunia menyerang mereka.
Beliau berkata, tahanan tersebut hanya akan diserah jika rejim Zionis sudi melakukan rundingan tidak langsung dengan Hizbullah.

Jet pejuang rejim Zionis telah menggugurkan 23 tans bahan letupan di selatan Lubnan pada hari Rabu (19/07/06) yang lalu. Serangan tesebut telah memusnahkan masjid. Nasrallah turut menyatakan kejutan serangan akan berlaku ke atas rejim Zionis pada masa akan datang

Dermalah ke Amal Palestin, lakukan sesuatu untuk rakyat palestin...




Masukkan sumbangan dan derma anda untuk rakyat palestin ke dalam akaun bank :

AMAN PALESTIN BERHAD
Bank Islam 12029010047880
MayBank 562263010787
Bank Muamalat 12070005133717

amanpalestin@yahoo.com
amanpalestin.org

Kemanakah dana tersebut disalurkan?
sumber : http://amanpalestin.org/index.php?action=profile&

1. Pembinaan rumah anak-anak yatim Palesin
2. Bantuan sara hidup yatim Palestin
3. Bantuan pelajaran pelajar-pelajar Palestin
4. Projek pembiayaan keluarga miskin Palestin
5. Projek pertanian sara diri di Nablus
6. Projek berbuka puasa
7. Bantuan perubatan Palestin
8. Projek Qurban Aidil Adha Palestin
9. Bantuan Hari Raya
10. Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah
11. Projek pusat kegiatan anak-anak yatim
12. Dan bermacam-macam lagi

*Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan melihat gambar-gambar, layarilah amanpalestin.org

Kita mungkin tidak mampu berjihad mengangkat senjata namun kita masih mempunyai kekuatan dari segi kewangan dsb. Marilah kita menggunakan apa saja yang termampu untuk membantu saudara Islam kita di sana. Tanamkan disiplin didalam membantu saudara-saudara kita disana dan berusahalah dalam mengajak saudara-saudara kita yang lain untuk membantu umat Islam Palestin yang ditindas. Semoga segala usaha kita akan dibalas oleh Allah dengan pahala dan sama-samalah kita doakan mereka berjaya mendapat kemenangan. Insyaallah...

Syaikh Tamimi : Masjid Aqsa dalam bahaya sekarang !


Selasa, 30/03/2010 – Tayseer Rajab Syaikh Tamimi, Ketua Majlis Keadilan Palestin dan Presiden Pembelaan Islam-Kristian Baitulmuqaddis dan tempat-tempat suci lain, meminta semua rakyat Palestin di seluruh tempat, terutama Baitulmuqaaddis agar hadir di Masjid Al Masjid Aqsa bagi menghalang serangan tentera rejim Israel.

Seruannya dibuat sebagai tindakbalas terhadap Perisytiharan kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi yang berniat untuk menyerbu Masjid Aqsa pada hari Isnin ini untuk meraikan perayaan yang dipanggil “Jangkauan Yahudi” di antara Kubah Batu dan Kubah Al-Selselah, serta pengisytiharan “Gerakan Pengawal Kuil” dalam laman web mereka bagi mengadakan himpunan Yahudi di Masjid Al-Aqsa pada 1 April untuk merobohkan masjid dan membina kuil di atasnya.

beliau juga meminta masyarakat antarabangsa agar segera campur tangan bagi menghentikan pencerobohan Israel terhadap bandar dan tempat suci Islam dan Kristian itu serta menetapkan menghentikan kejahatan dan pelanggaran resolusi Majlis Keselamatan untuk melaksanakan Bab VII daripada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mahu Israel menghentikan semua kejahatan yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa

sumber : The Palestine Telegraph

BARHUM: KENYATAAN PEMIMPIN ISRAEL MEMBUKTIKAN ISRAEL NEGARA PENGGANAS


Selasa, 30/03/2010 – Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menegaskan, pernyataan menteri kewangan Zionis, Yuval Steinitz, mencerminkan niat pemerintah penjajah Zionis dalam tindakan keganasan negara untuk bangsa Palestin.

Pernyataan ini menambah catatan kejahatan perang Zionis dari sisi kemanusiaan, katanya. Dalam pernyataan akhbarnya, Ahad (28/3) Barhum mengatakan, pernyataan tersebut menuntut sikap tegas dan keputusan segera daripada pemerintah-pemerintah di Asia Barat mahupun antarabangsa untuk menyekat Israel daripada perhubungan antarabangsa serta menyeretnya ke mahkamah antarabangsa, demi menghentikan semua kezalimannya.

Barhum menegaskan, pembicaraan apapun tentang perundingan dengan Zionis, apapun bentuknya merupakan perlindungan terhadap semua kejahatan Zionis selama ini, yang akan mendorongnya tambah ganas dan meningkatnya kejahatan dan kekejaman terhadap rakyat Palestina.

sumber : The Palestine Telegraph

AL MEZAN KECAM SERANGAN BERTERUSAN ISRAEL KEATAS GAZA


Selasa, 30/03/2010 – Askar rejim Zionis terus memperhebatkan kekejaman dan serangan udara ke atas bahagiaan utara dan timur Semenanjung Gaza, berdekatan dengan kawasan sempadan. Lebih kurang jam 9.30 pagi Selasa lalu, 10 kereta kebal dan jentolak rejim Zionis telah mara sejauh 200 meter ke kawasan perindustrian yang terletak di timur Beit Hanoun, utara Gaza. Beberapa orang penduduk Palestin yang sedang membersihkan sisa-sisa runtuhan bangunan segera meninggalkan kerja mereka dan lari menyelamatkan diri ke arah selatan. Jentolak rejim Zionis menggali lubang-lubang yang dalam dan meninggikan sisa-sisa runtuhan yang sedia ada. Askar rejim Zionis masih lagi berada di kawasan yang dimaksudkan semasa artikel ini dikeluarkan. Tiada sebarang kecederaan ataupun korban nyawa yang dilaporkan.

Dalam kejadian yang lain, jet pejuang rejim Zionis telah mensasarkan peluru berpandu ke atas tanah pertanian milik Usama Zimo. Tanah pertanian tersebut terletak di Jalan Al-Nakhil, di kawasan kejiranan At-Tuffah, di timur Bandar Gaza. Serangan itu mengakibatkan 4 bilik yang berbumbung simen, sebuah perigi dan pamnya musnah. 10 buah rumah dan Sekolah UNRWA Ash-Shija’iya yang terletak berdekatan turut mengalami beberapa kemusnahan. Serpihan kaca yang berterbangan daripada tingkap yang pecah telah mencederakan 8 orang penduduk. Dua daripada mereka merupakan adik-beradik. Al-Mezan mengenalpasti mangsa yang terbabit adalah seperti berikut :

Khawla Jehad Al-Kahlout, 28;

Alaa Sa’ed Kareem, 16;

Ruba Sa’eed Kareem, 12;

Yasser Naeem Hijazi, 25;

Akram Al Faiomi, 21;

Nahedh Khalil Abu Amsha, 45;

Mohammed Nahedh Abu Amsha, 19 dan

Abed Anis Marzouq, 62.

Pada kira-kira jam 8 malam, 3 penduduk Palestin telah ‘mencuri-masuk’ pagar pemisah antara Semenanjung Gaza dan Israel. Tanpa berlengah, askar rejim Zionis melepaskan tembakan dan mengejar mereka sehingga ke kawasan timur Kampung As-Salqa. Mereka kemudiannya ditahan, lapor Al-Mezan. Dalam serangan itu, Salman Mahmoud Bre’im, 35 telah terkena tembakan di telinga kirinya. Ketika itu dia sudah berada berhampiran rumahnya di Kampung As-Salqa. Dia kemudiannya dimasukkan ke Hospital Al-Aqsa, Bandar Deir Al-Balah sebelum dipindahkan ke Hospital Shifa, Semenanjung Gaza. Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi telah menyebabkan ramai pemuda Palestin menggadaikan nyawa mereka untuk mencari nafkah. Menurut siasatan Al-Mezan, semasa kebangkitan kedua Intifada yang bermula pada September 2000, seramai 64 penduduk Palestin telah terkorban ketika cuba ‘mencuri-masuk’ pagar pemisah itu, semata-mata untuk mencari rezeki.

sumber : The Palestine Telegraph

Isnin, 29 Mac 2010


SayangRasul.greeting4u

RAKYAT MESIR TUNTUT USIR DUTA KERAJAAN HARAM ZIONIS


Jumaat, 26/03/2010 – Beberapa puluh rakyat Mesir yang marah melakukan tunjuk perasaan pada hari Khamis (25/3) di hadapan bangunan Kementerian Dalam Negeri Mesir di Kaherah. Mereka menuntut agar Duta kerajaan haram Zionis diusir dan segala hubungan dengan kerajaan haram Zionis diputuskan sebagai membalas tindakan pencerobohan yang dilakukan terhadap hak rakyat Palestin dan tanah suci Islam.

Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin, gambar Masjid al-Aqsa dan bandar Baitul Maqdis. Mereka juga melaungkan slogan yang mengutuk pendirian kerajaan Arab yang mendiamkan diri dengan tidak mengambil apa-apa langkah yang praktikal terhadap polisi-polisi kerajaan haram Zionis. Antara slogan yang dilaungkan: Hancur hancur, hancur Israel! Hancur hancur, hancur pengkhianat! Kenapa kenapa, kenapa diam! Di mana di mana, di mana maruah!

Anggota kumpulan dan para aktivis ‘Demi Mu Palestin’ yang menganjurkan tunjuk perasaan tersebut menuntut kerajaan Mesir agar melaksanakan lima tuntutan asasi mereka, iaitu mengusir duta Zionis, berundur daripada inisiatif perdamaian Arab, memberhentikan pengeksportan gas kepada kerajaan haram Zionis, memutuskan segala hubungan diplomatik dengannya dan menamatkan segala usaha memperbaiki hubungan dengannya dalam semua bidang sama ada ekonomi, politik, kebudayaan dan kemasyarakatan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

ISU AIR DI PALESTIN AMAT KRITIKAL


Isnin, 29/03/2010 – Toni Morisson pernah menulis ” Semua air mempunyai memori yang sempurna dan selamannya cuba untuk kembali ke tempat asalnya.” Saya dapat merasakan perkara yang sama untuk pelarian Palestin, yang masih lagi berjuang berdekad – dekad mencari hak untuk kembali ke tempat asal. Saya telah memikirkan tentang perkaitan antara air dan perlarian semasa mesyuarat Middle East Children’s Alliance’s (MECA) Maia Project yang lepas bersama Aidan O’Leary, Timbalan Pengarah kepada agensi untuk pelarian Palestin (UNRWA) beroperasi di Gaza.

UNRWA menyediakan bantuan, perlindungan dan nasihat indang – undang kepada 4.7 juta pelarian Palestin di Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria. Kami bertugas bersama UNRWA untuk memasang unit penurasan dan penulenan air buatan tempatan di sekolah – sekolah mereka. En. O’Leary menyatakan penghargaan yang besar kepada Projek MAIA dan menekankan bahawa penyediaan air minum yang bersih untuk kanak – kanak merupakan satu keperluan yang utama bagi sekolah – sekolah di Gaza. En. John Ging, Pengarah Operasi UNRWA di Gaza juga menyatakan minat terhadap Projek Maia.

Situasi di Gaza semakin bertambah teruk di bawah kawalan dan pengawasan askar tentera haram Israel. Pelarian yang amat merasai kesan dari peningkatan pengangguran dan kemiskinan. Kemampuan untuk mendapatkan air yang bersih merupakan salah satu kepentingan yang UNRWA tidak dapat penuhi. Laporan UNWRA yang terbaru menyatakan penyakit berjangkit yang biasa yang merebak di kalangan pelarian Palestin di Gaza — yang menjadikan tiga per empat dari populasi — adalah berkaitan ketidaksempurnaan bekalan air bersih, tahap kebersihan yang rendah: cirit birit, cirit birit berdarah akut dan viral hepatitis.

sumber : Electronic Intifada

PROVOKASI TERBARU REJIM ZIONIS TERHADAP AL AQSA


Isnin, 29/03/2010 – Kerajaan haram Israel telah menunjukkan bahawa ia akan memberi penekanan keatas rancangan untuk meluaskan plaza kawasan ibadah Yahudi di Western Wall di Bandaraya Tua Jerusalem disebalik amaran yang akan mencetuskan risiko intifadhah ketiga.

Minggu ini pegawai2 Israel telah menolak cadangan mahkamah Jerusalem untuk mengenepikan perancangan itu setelah hakim bersetuju atas pandangan bahawa pembesaran kawasan plaza tersebut akan mengagalkan rancangan’status quo’ yang meliputi tempat tempat suci di Old City.

Kawasan yang telah mendapat perhatian pegawai Israel terletak di Mughrabi Gate, iaitu di kawasan pintu masuk mesjid yang dikenali sebagi Haram al- Sharif, iaitu kawasan yang amat sensitif dalam pertelingkahan diantara Israel dengan pihak warga Palestin. Didalam nya terdapat Mesjid Al-Aqsa dan qubah emas Dome of the Rock.

sumber : Electronic Intifada

Ahad, 28 Mac 2010

TENTERA ISRAEL CEROBOH UTARA GAZA, BANTU PENDUDUK HARAM DI TEBING BARAT


Khamis, 25/03/2010 – Tentera Penceroboh Israel dengan kereta kebal mengiringi jentolak ke utara Gaza berdekatan Beit Hanun dan memusnahkan bangunan disekitarnya. Saksi memberitahu 4 jentolak besar mengerjakan kawasan tersebut yang dilindungi oleh tentera penceroboh Israel.

Tentera Israel juga membantu dan memberi perlindungan kepada penduduk haram di kampung Singil Ramallah apabila penduduk haram ini berusaha mengambil tanah penduduk Palestin dengan menghalang peladang Palestin daripada mengusahakan tanah mereka.

Penduduk haram ini membaling batu ke arah petani-petani Palestin dan cuba merampas traktor kepunyaan mereka tetapi petani-petani Palestin berjaya menghalau mereka namun selepas itu tentera Israel mengepung perkampungan itu dan mengawal aliran keluar masuk bertujuan memberi perlindungan kepada penduduk haram.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

ASKAR REJIM ZIONIS DIGESA MENYIASAT PEMBUNUHAN MEREKA


Jumaat, 26/03/2010 – Ramai rakyat Israel percaya dan kepercayaan itu sentiasa diulang-ulang di Israel, bahawa pasukan mereka adalah “tentera paling bermoral di dunia.”

Namun, selepas perang Gaza yang membunuh 1400 penduduk Palestin, sebahagian besar daripada mereka warga awam dan beberapa orang warga Israel yang lain mula mempersoalkan perkara ini.

Dalam pada itu, kesilapan menembak empat remaja Palestin dalam tempoh 24 jam sebelum hujung minggu, sangat mengundang persoalan sehingga memaksa tentera Israel menyiasat insiden itu di tengah-tengah kenyataan saling bertentangan yang dikeluarkan oleh tentera terlibat.

sumber : electronic intifada

ISRAEL CULIK BUDAK LELAKI LEPASKAN BUDAK PEREMPUAN


Jumaat, 26/03/2010 – Tentera Rejim Zionis menahan seorang budak lelaki bernama Basem Faisal Al-Darbia berumur 16 tahun manakala melepaskan seorang budak perempuan Souhad Oweiwi 13 tahun selepas menahan mereka pada awal pagi Rabu di Bandar Lama Hebron.

Tentera rejim Zionis mendakwa mereka menahan budak perempuan itu selama 4 jam atas alasan Souhad membaling batu ke arah mereka. Sumber itu juga menyatakan tentera rejim Zionis telah mendirikan beberapa sekatan di laluan keluar masuk ke Hebron.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

KAPAL REJIM ZIONIS MENEMBAK KAPAL NELAYAN GAZA


Jumaat, 26/03/2010 – Kapal rejim Israel menembak bot nelayan palestin dipersisiran pantai utara Semenanjung Gaza dan mencederakan seorang nelayan.

Hasim Juma Qzaan tercedera dan dibawa ke Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia , sektor utara, sumber Palestin melaporkan. Bot nelayan Palestin adalah sasaran harian, apabila Israel menetapkan mereka tidak boleh melebihi had 3 batu kawasan menangkap ikan.

sumber : The Palestine Telegraph

Sabtu, 27 Mac 2010

APA BEZANYA SERBAN SINGH DENGAN SERBAN ANAK PONDOK?


KEMARIN seorang anak pondok Pasir Tumbuh di Kelantan, Ahmad Nasir Darus 28 tahun telah dijatuhi hukum denda sebanyak RM90 atau penjara dua hari oleh Majistret Kota Bahru kerana kesalahaan tidak memakai topi keledar semasa menunggang motisikal tahun lalu.
Hukuman itu dijatuhi oleh Majistret, Tengku Amalin A’Ishah Puteri Sultan Ismail.
baca seterusnya

SENI YANG MENGHINAKAN AGAMA ISLAM


Terus boikot produk yahudi..Laknatullah
Nauzubillah.. Dikhabarkan monumen yg terdapat di suatu pameran ’seni’ di Sepanyol… memang kurang ajar… Ini bukan seni namanya tapi ini 1 penghinaan terhadap umat Islam diseluruh dunia. Umat Islam harus bangkit dan mengutuk perbuatan hina & keji kerajaan Sepanyol supaya peristiwa ini tidak berulang lagi pada masa akan datang...

Sumber: http://groups.google.com/group/ada2a...5fc45d5543d258

Jumaat, 26 Mac 2010

500 BERKUMPUL DI KEDUTAAN SWEDEN BANTAH AKHBAR HINA NABI


KUALA LUMPUR, 26 Mac: Lebih 500 Pemuda PAS dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di kedutaan Sweden hari ini bagi membantah tindakan tiga buah akhbar Sweden menyiarkan lukisan menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka berarak bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak selepas solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan dengan membawa pelbagai kain rentang, sepanduk dan poster yang mengecam tindakan akhbar-akhbar berkenaan.

Mereka turut melaungkan 'Kasih nabi', 'Cinta Nabi', 'Biadap Sweden dan 'Jahanam Sweden' sepanjang perarakan.

Satu memorandum bantahan juga berjaya diserahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan kepada Duta Sweden Helena Sangeland dalam pertemuan mereka.

Turut serta dalam penyerahan tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ahmad Sabki Yusof dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Memorandum tersebut antara lain mendesak kerajaan Sweden mengambil tindakan terhadap akhbar dan pelukis karikatur yang menghina pemimpin ulung umat Islam itu.

Berucap kepada persrta himpunan selepas serahan itu, Nasruddin berkata perbuatan pelukis karuikatur dan akhbar yang menyiarkannya adalah biadap dan telah mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam dunia.

"Betapa biadab dan jahanamnya mereka.

"Kita mintak mereka mengambil tindakan tegas ke atas pelukis dan akhbar yang menyiarkan karikatur ini," katanya disambut laungan takbir peserta himpunan.

Beliau juga meminta akhbar berkenaan memohon maaf kepada umat islam seluruh dunia di atas tindakan yang telah mengguris hati tersebut.

Sabki dalam ucapannya pula berkata mana-mana pihak tidak boleh menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda begitu istimewa bagi setiap umat Islam.

"Kita menyatakan kepada mereka bahawa Nabi Muhammad s.a.w berada di tempat yang istimewa dalam hati umat Islam," katanya.

Manakala Jais yang turut berucap menyatakan pendirian GPMS bersama dalam isu ini dan tidak bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menghina Islam.

Perarakan anjuran Dewan Pemuda PAS ini turut disokong oleh 19 NGO Islam yang lain.

Selain melaungkan suara bantahan, Nasrudin bersama beberpa peserata himpunan turut membakar bendera negara itu.

Sementara itu, beliau juga turut mengutuk tindakan terbaru Zionis Israel yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan membina kuil yahudi pada 16 Mac lalu.

Zionis juga jelasnya telah berjanji akan membina sekurang-kurangnya 62 lagi kuil di sekitar masjid suci umat Islam itu.

Sumber: Harakahdaily.

TiaDa aPa YanG NaK diKejaRkan DaLaM DunIa iNi MeLaiNkAn ImAn Dan AmAl UnTuK DiPeRsEmbAhKan KePaDa ALLAH RaBBuL IzZATI

Khamis, 25 Mac 2010

BRITAIN HALAU DIPLOMAT ISRAEL


Khamis, 25/03/2010 – Hamas menyambut baik keputusan Britain mengusir diplomat Israel dari London berikutan penglibatannya dalam pembunuhan pemimpin Hamas, Mahmuod Al-Mabhouh di Dubai Januari lalu.

Dr Salah al-Bardawil, salah seorang pemimpin Hamas di Gaza dalam satu kenyataan akhbar Selasa lalu mengatakan para pemimpin Israel mesti diadili di mahkamah antarabangsa.

Beliau juga menyatakan para pemimpin Israel telah melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

GAMBARAN ISRAEL YANG SUKAKAN KEMUSNAHAN


Inilah gambaran Israel laknatullah yang sukakan kemusnahan dan bencikan keamanan dan kedamaian. Semoga Allah melaknati mereka dan menghancurkan mereka supaya dunia menjadi aman dari menjadi mangsa rakus mereka. Marilah kita berdoa bersama-sama agar Allah memberi kemenangan kepada Hamas yang sedang berjuang menuntut kemerdekaan Palestin.

ABBAS TOLAK KERJASAMA SERET PEMIMPIN ZIONIS KE MAHKAMAH ANTARABANGSA


Rabu ,14/01/2009 - Wakil Ketua Persatuan Peguam Arab, Abdl Adzim Al-Magribi dalam wawancaranya dengan Televisyen Al-Jazeera Selasa (13/1) mengatakan, Mahmud Abbas menolak kerjasama dengan pihaknya untuk mengheret para pemimpin Israel ke mahkamah antarabangsa terhadap jenayah perang di Gaza.
Al-Magribi menjelaskan, pihaknya sudah bertemu Mahmud Abbas untuk mengajukan jenayah perang Israel ini kepada mahkamah antarabangsa. Ini kerana mahkamah antarabangsa tidak akan menjalankan pengadilannya kecuali jika ada pengajuan dari sejumlah pemimpin negara.
Oleh karena itu, pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Den Haag, Belanda tidak akan mengadili jenayah Israel ini kecuali jika ada persetujuan dari Mahmud Abbas. Namun berita muktahir menunjukan, Abbas menolak ajakan kerjasama dengan pertubuhan tersebut.
sumber : COMES

SEJARAH HIDUP BAPA KEMUSNAHAN ISLAM TURKI

Kamal Atarturk (bapa kemusnahan Islam di Turki)


Sudah hampir 75 tahun bumi tanduk emas, gersang dengan pemerintahan yang diredhai Allah, bukan salah khalifah yang terakhir sebagai perosak ,dan bukan pula salah sistem pemerintahan itu sendiri, tetapi rakyat Turki yang sedar menyalahkan “bapa pemodenan turki”iaitu jelmaan Firaun ke-2 selepas Raja Ramses 2 yang terkenal dengan kezalimannya memerintah rakyat Mesir pada zaman nabi Musa A.S., bezanya… Ataturk adalah seorang firaun di zaman moden. Itulah pemimpin yang dianggap sebagai penyelamat Turki oleh puak-puak Orentalis dan pengkaji-pengkaji barat, sedangkan sebenarnya beliau bukanlah seorang penyelamat. Bahkan beliau adalah seorang bapa perosak agama di atas nama agama itu sendiri. baca seterusnya

GAMBAR KEKEJAMAN TENTERA AMERIKA DI IRAQ



Inilah diantara gambar gambar yang menunjukkan kekejaman tentera amerika laknatullah keatas umat islam iraq di penjara tahanan amerika ketika tentera amerika laknatullah menceroboh dan menyerang iraq untuk menggulingkan pemerintahan saddam...

4 KHAZANAH SYURGA

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "

Empat perkara akan menjadi Khazanah Syurga:

Menyembunyikan sedekah.
Menyembunyikan musibah.
Menghubung Silaturrahim.
Mereka yang menyebut ” لا حول ولا قوة إلا بالله “.

GAMBAR KEJAM AMERIKA TERHADAP RAKYAT SOMALIA


Inilah diantara gambar gambar yang menunjukkan kekejaman tentera amerika laknatullah terhadap rakyat somalia

MASKAHWIN BIDADARI

Hadis dari At-Tabrani: Rasulullah SAW telah bersabda:" Binalah masjid dan keluarkan sampah daripada masjid, sesiapa masjid untuk Allah akan membina Mahligai untuknya di dalam Syurga. Lalu para sahabat bertanya: Walaupun masjid masjid dibina dipertengahan jalan? Rasulullah menjawab:Ya, dan orang yang mengeluarkan sampah daripada masjid dia telah mendapat maskahwin dengan Bidadari."

MAYAT RAKYAT PALESTIN MENJADI MAKANAN ANJING ISRAEL


Jumaat ,16/01/2009 - “Ya Allah ! Tidak pernah saya menyaksikan kezaliman sebuas begini !”, teriak Kayed Abu Aukal. Doktor di bilik kecemasan tidak percaya melihat apa yang tinggal pada syuhada Shahd umur 4 tahun, hanyalah saki baki cebisan daging yang masih melekat pada tulangnya.

Beliau mati selepas dibom oleh kereta kebal di kem Jabaliya dimana beliau sedang bermain. Bila mana ibu bapa mereka hendak menyelamatkan beliau, tembakan peluru Israel menghalang mereka berbuat demikian.

Selama 5 hari, abang beliau Matar dan Mohamed berusaha untuk mendapatkan jenazah beliau tetapi dihalang dengan tembakan peluru Israel. Tidak tahan melihat perbuatan kejam dan buas itu yang berlaku didepan mata mereka, akhirnya mereka memberanikan diri dan lalu menemui syahid.

“Mayatnya dibiarkan oleh Israel laknatullah dengan sengaja untuk anjing-anjing merobek beliau yang tidak meninggalkan walau sebahagian daripada badan beliau”, teriak Abu Aukal dimana belliau tidak pernah melihat pembunuhan sekejam ini.

Mereka bukan sahaja membunuh malah tidak berperikemanusiaan dengan melakukan kebuasan terhadap jenazah kanak-kanak.

sumber : http://www.islamonline.net

5 KALI CUBAAN MENCURI JASAD RASULULLAH GAGAL

1-CUBAAN PERTAMA SEMASA PEMERINTAHAN AMRULLAH ALUBAIDI
Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah baca seterusnya

Rabu, 24 Mac 2010

KEKUATAN PERIBADI, AKHLAK BENTUK PEMIMPIN MULIA

Oleh Prof Dr Sidek Baba

PENDEKATAN bersepadu memberikan kepentingan nilai yang berasaskan agama, budaya dan tradisi yang baik diungkapkan dengan bijaksana dan sifatnya merentasi kurikulum dan kokurikulum.


Dalam konteks masyarakat berbilang kaum, proses kesalingan dan kekenalan atau litaarrafu perlu disuburkan. Ia supaya wujud proses menghargai dan menghormati nilai positif dan perbezaan. Dengannya juga bakal teradun nilai bersama yang menyumbang ke arah pengkayaan hati budi dan tidak bercanggah dengan faktor akidah dan syarak.
seterusnya

Isnin, 22 Mac 2010

12 KEJAHATAN YAHUDI

Dalam buku Qabaih al-Yahud dijelaskan 12 kejahatan Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran. Kejahatan itu adalah seperti berikut:

1. Menuduh Nabi Musa punya penyakit kusta kerana tidak mahu mandi bersama mereka.

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah Dia seorang yang mulia di sisi Allah.” (33:69)baca seterusnya

Rabu, 17 Mac 2010

PM PALESTIN MENYERU INTIFADA KETIGA TERHADAP ISRAEL



Khamis , 25/02/2010 – Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya pada hari Selasa menggesa Intifada baru di Tebing Barat dan Jerusalam dalam menentang keputusan Israel untuk mengambil Masjid Ibrahimi dan Bilal untuk dijadikan kawasan bersejarah Yahudi.

Gesaan ini dibuat sewaktu demonstrasi yang dilakukan di Gaza yang dihadiri wakil-wakil kumpulan pejunag, ahli parlimen serta tetamu kehormat.

Haneyya turut mengutuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mengumumkan untuk kembali ke meja rundingan dengan Israel yang dalam masa yang meningkatkan serangan ke atas tempat-tempat suci Islam di Tebing Barat dan Jerusalam.

Beliau menyeru agar PA membebaskan segera tahanan politik, tidak meneruskan rundingan dengan Israel sebagai tanda penentangan terhadap usaha Israel ini. Penjajahan Israel adalah haram dan segala yang datang daripada Israel adalah haram dan setiap keputusan tidak akan diiktiraf serta Jerusalam, tanah sekelilingnya, masjid Ibrahim dan Bilal adalah kesemuanya hak Palestin.

Pemimpin Jihad Islam Khaled Al-Batesh berkata tindakan Israel adalah tindakan yang sama yang digunapakai untuk menjajah Palestin sejak dulu lagi dan kini sengaja mereka cerita untuk mencuri tempat suci Islam.

Manakala Speaker Palestin Dr. Aziz Dweik pula berkata Israel melanggar semua norma dan undang-undang antarabangsa dan menegaskan masjid adalah milik umat Islam yang mutlak.

Jurucakap Hamas di utara Gaza, Sam’an Attallah berkata tuntutan Israel yang mengatakan masjid Ibrahim dan Bilal adalah tapak sejarah mereka adalah tidak berasas dan masjid adalah milik Islam.

Timbalan Speaker Dr. Bahar pula menyeru semua pemimpin Arab akan meletak agenda Israel ini sebagai agenda pertama dalam sidang Arab dan menyeru mereka mengambil tindakan yang serius di mana ini akan dijadikan sebagai batu loncatan bagi Israel untuk menakluk kesemua tempat suci Islam dan Kristian.

Dalam insiden yang sama, militia Abbas berjaga disekitar kawasan Masjid Ibrahim dan Bilal untuk meredakan para pendemonstrasi yang bertindak membaling batu ke atas askar Israel yang berkawal disitu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

KABINET ISRAEL GESA 'PM PALESTIN' DIBUNUH


Khamis , 25/02/2010 – Ketua Parlemen di Knesset Yarey Lipeni, hari ini menegaskan dan menyeru agar PM Palestin Ismail Haniya dibunuh. Lipeni membuat seruan itu selepas kejadian pembunuhan pimpinan HAMAS di Dubai, Mahmud al-Mabhuh.

Lipeni membuat kenyataan ketika membahas penolakan Knesset terhadap usul yang diajukan oleh seorang anggota parlimen yang mengusul agar kejadian pembunuhan al-Mabhuh di bahaskan.

sumber : COMES

PENUNJUK PERASAAN ISRAEL SABOTAJ BEKALAN MINYAK UNTUK GAZA, GESA PEMBEBASAN SHALIT


Khamis , 25/02/2010 – Saksi memaklumkan bahawa penunjuk perasaan yang menggesa pembebasan Shalit telah menghalang lori-lori tanki minyak daripada memasuki Gaza pada hari Selasa.

Penunjuk-penunjuk perasaan yang turut disertai oleh bapa Shalit, Noam Shalit, memegang sepanduk yang menggesa penduduk Gaza menekan Hamas untuk membebaskan tentera yang diculik pada 25 Jun 2006 dalam satu serbuan melangkaui sempadan.

“Hamas telah mempergunakan anda dan meletakkan anda di dalam penjara terbesar di dunia – Semenanjung Gaza”. Itu antara tulisan pada sepanduk mereka di Terminal Kerem Shalom.

sumber : The Palestine Telegraph

KEMATIAN RACHEL CORRIE MENGERIKAN


Isnin , 15/03/2010 – Saat-saat terakhir kematian Rachel Corrie yang dilanggar dan dihimpit hingga hancur oleh jentolak berat Israel, aktivitis keamanan dari Amerika Syarikat, diceritakan oleh rakan beliau sebagai saksi di Mahkamah Israel pada hari Rabu.

Ibu bapa Rachel Corrie yang menyaman kerajaan Israel akibat pembunuhan anak mereka, hadir pada sidang mahkamah tersebut dan mendengar sendiri bagaimana anak mereka dibunuh dengan kejamnya dimana kerajaan Israel langsung tidak mengutuk pembunuhan tersebut.

Richard Purssell, aktivitis keamanan Britain daripada kumpulan International Solidarity Movement (ISM) menceritakan bagaimana beliau melihat Rachel dilanggar dan diheret sejauh 4 meter oleh jentolak Israel dengan kelajuan pejalan kaki yang berjalan cepat.

Richard memberitahu bagaimana Rachel terbenam ke dalam tanah semasa diheret semasa mereka sedang menghalang jentolak tersebut daripada merobohkan rumah orang Palestin disitu. Richard dan beberapa aktivitis lain semasa kejadian sedang membantu aktivitis lain dalam proses tersebut termasuk Rachel.

Semasa kejadian, Rachel berdiri di atas sekelompok tanah yang ditarah oleh jentolak itu lalu menghalang jentolak itu daripada memusnahkan rumah Dr. Samir Nasrallah seorang ahli farmasi. Walau pemandu jentolak tersebut tahu Rachel berada di situ namun tidak diendah dan terus mara ke depan dan seterusnya Rachel hilang dari pandangan.

Orang yang berada disekitar situ mula menjerit ke arah jentolak supaya berhenti tetapi kekejaman itu diulangi dengan jentolak itu berundur ke belakang sekali lagi menggilis tubuh Rachel yang tidak bermaya.

Selepas itu 3 akitivis ISM yang berada disitu terus memapah Rachel dan memegang kepala dan tengkuk Rachel yang masih bernafas dengan berhati-hati dan cuba memberikan bantuan awal sedaya mungkin untuk menyelamatkan Rachel tetapi akhirnya Rachel meninggal dunia akibat kecederaan tersebut.

Ditanya oleh peguam bela Israel kenapa Rachel bertindak demikian dengan berdiri di laluan jentolak tersebut Richard mengatakan beliau tidak tahu tetapi kemungkinan Rachel mahu menyelamatkan rumah Dr. Samir daripada dimusnahkan.

Ibu bapa Rachel, Craig dan Cindy, dari Washington, sedang mendakwa kerajaan Israel di dalam mahkamah atas kematian anak mereka. Israel mendakwa tenteranya tidak boleh dipersalahkan kerana pemandunya tidak nampak Rachel dan kenyataan Israel ini disangkal oleh para saksi yang menyaksikan sendiri kekejaman tersebut.

Selang beberapa minggu kejadian tersebut Tentera Israel menuduh mendiang Rachel serta rakan-rakannya dari ISM melakukan aktiviti yang tidak bertanggungjawab dan merbahaya. Pada tahun 2004 pembantu kepada Colin Powell Setiausaha Amerika, Lawrence Wilkerson melaporkan Israel gagal dalam menjalankan siasatan yang telus dan menyeluruh ke atas kematian Rachel seperti yang dijanjikan oleh Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel masa itu.

Peguam Corrie, Hussein Abu Hussein, memberitahu sebelum persidangan mahkamah bahawa tentera Israel telah menlanggar etika perundangan antarabangsa yang menghalang serangan ke atas orang awam.

Craig Corrie berkata mereka telah berjuang untuk keadilan Rachel selama 7 tahun dan ini adalah bukannya untuk menghukum Israel tetapi untuk mengubat luka mereka dan untuk memberitahu Rachel bahawa mereka bersama Rachel dan mahu Rachel berbangga dengan apa yang dilakukan untuk beliau.

sumber : The Palestine Telegraph

REJIM ZIONIS: PEMBINAAN PENEMPATAN TIDAK AKAN BERHENTI


Isnin , 15/03/2010 -Kerajaan regim Zionis menegaskan akan meneruskan projek pembinaan dan penempatan di seluruh bandar al-Quds yang dijajah setelah perancangan untuk membina lebih daripada 50 ribu unit penempatan di seluruh kawasan di bandar al-Quds terbongkar.

Setiausaha kerajaan Zionis, Tzipi Howerz berkata dalam satu kenyataan radio pada hari Jumaat (12/3): “Adalah penting untuk ditegaskan di sini Israel akan terus membina penempatan di bandar al-Quds. Pembinaan akan dilaksanakan di seluruh bandar sehingga menjadi seperti bandar Tel Aviv atau mana-mana bandar lain.” Beliau juga menyatakan pihak Zionis telah menjelaskan keputusan pembekuan pembinaan penempatan di kawasan yang dirampas tidak berkuat kuasa di bandar al-Quds, sama ada di bahagian barat atau timurnya. Ini diketahui secara jelas oleh sesiapa sahaja termasuklah pihak Amerika sendiri.

Howerz menegaskan bahawa pembinaan akan diteruskan di bandar al-Quds dan menambah “al-Quds adalah bandar yang berkembang dan permintaan untuk menambah penempatan di situ hendaklah dipenuhi. Kerajaan (Zionis) akan berusaha untuk memenuhi semua permintaan tersebut.”

Regim Zionis kelihatan mempertingkatkan plan penempatan di sebalik usaha bersungguh-sungguh pihak berkuasa Ramallah untuk memulakan rundingan damai yang sia-sia dengan meninggalkan semua hak dan kepunyaan rakyat Palestin serta pemburuan berterusan yang dilakukan terhadap pihak pejuang.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

PENGAKUAN JUJUR PEKERJA TEROWONG TENTANG KEHIDUPAN DI BAWAH TANAH


Rabu , 17/03/2010 – Pengepungan terhadap Gaza semakin diperhebatkan apabila kerajaan Mesir meneruskan pembinaan terowong besi bawah tanah di sempadan Rafah-Mesir dengan tujuan untuk menghentikan penyeludupan barang di bawah tanah. Seperti yang digambarkan oleh seorang wartawan bernama Robert Fisk, merupakan “paru-paru untuk Gaza terus bernafas” kerana hanya itu saja jalan yang dapat digunakan untuk mengangkut keperluan-keperluan asas seperti makanan dan perubatan untuk penduduk Gaza. Wartawan Jody McIntyre (JM) telah menemubual seorang buruh wargenegara Palestin, Abu Hanin (AH) yang bekerja di salah satu terowong yang bersempadanan dengan Mesir.

AH : Nama saya Abu Hanin, berusia 29 tahun dan berasal dari Rafah, di wilayah Palestin. Saya bekerja untuk pembinaan terowong ini (bagi pihak rakyat Gaza). Saya telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Isteri saya pula sedang mengandungkan anak kembar sekarang dan selepas ini keluarga kami akan menjadi 10 orang.

JD : Adakah kamu berbual-bual dengan keluarga sebelum pergi kerja?

AH : Setiap pagi mereka akan berkata; “Kami harap kamu akan pulang dengan selamat dan sihat,” kerana mereka tahu saya keluar untuk bekerja. Apabila saya tinggalkan isteri, saya nampak matanya berair dan apabila saya pulang, saya dapat lihat kegembiraannya. Ia seperti keluar berperang pada setiap hari.

…berita lengkap di sini

sumber : The Palestine Telegraph

ZIONIS CEROBOH ARAH KIBLAT MASJID AL-AQSA


Rabu , 17/03/2010 – Pada hari Selasa Ahad (14/3), berpuluh-puluh tentera Zionis menceroboh bahagian selatan masjid al-Aqsa dan bertindak menghalau kira-kira 20 orang yang sedang beriktikaf dan sembahyang di dalamnya menggunakan kekerasan, sehingga menyebabkan beberapa orang yang bertahan di dalamnya mengalami kecederaan.

Beberapa sumber tempatan memaklumkan kepada Pusat Media Palestin bahawa berpuluh-puluh tentera Zionis melakukan pencerobohan tersebut secara mengejut. Mereka juga menghalau orang-orang yang sedang beriktikaf di dalamnya melalui salah sebuah pintu dan menghalang daripada masuk kembali ke dalam masjid serta merampas kad pengenalan.

Beberapa orang penduduk bandar al-Quds dari kalangan rakyat Palestin yang tinggal di situ melakukan iktikaf di dalam masjid al-Qibli selepas solat Isyak, setelah beberapa orang ulama menyeru agar mereka bertahan di dalam masjid al-Aqsa, selepas ancaman berulang kali daripada pihak Zionis untuk menceroboh masjid tersebut.

Perlu dinyatakan bahawa masjid al-Qibli adalah terletak di bahagian selatan daripada masjid al-Aqsa, iaitu arah kiblat dan merupakan ruang solat utama bagi kaum lelaki dan tempat imam di dalam masjid al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

ZIONIS PUJI PERANAN PIHAK KESELAMATAN ABBAS DI TEBING BARAT


Rabu , 17/03/2010 – Kerajaan Zioins-Israel hari ini memuji Mahmod Abbas di atas pihak keselamatann tajaannya yang banyak menangkap ahli HAMAS. Dengan adanya pihak keselamatan Abbas ini, banyak membantu Zionis-Israel dalam berdepan dengan HAMAS. Seorang komander Zionis, Jeneral Evi Mezrahi menyatakan peranan pihak keselamatan Abbas memberi kesan yang signifikan.

Pihak Zionis-Israel tidak akan membiarkan HAMAS kembali menguasai Tebing Barat. Dalam satu laporan, Jeneral Evi menyatakan pihak keselamatan Abbas menyumbang dan membantu Zionis sebanyak 45% dalam berdepan dengan HAMAS.

Saat ini, lebih 800 orang ahli HAMAS berada dalam tahanan pihak keselamatan Abbas.

sumber : COMES

Sabtu, 13 Mac 2010









INILAH DIANTARA GAMBAR YANG MENUNJUKKAN KEKEJAMAN ORANG KAFIR TERHADAP UMAT ISLAM DI BOSNIA. INI BUKANNYA BESI TETAPI TULANG MILIK ORANG ISLAM. TULANG INI TELAH DIHIAS OLEH ORANG KAFIR LAKNATULLAH DI GEREJA MEREKA. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROH UMAT ISLAM YANG TERKORBAN DI JALAN FISABILILLAH

Sabtu, 6 Mac 2010

Dia Takdirmu Di Syurga

Allah Taala berfirman, bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan...” an-Nisaa’ (4:34)Baca Seterusnya

Tiga Golongan Awal Masuk Ke Dalam Neraka

Abu Hurairah berkata:"Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T"Baca Seterusnya