Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 25 Mac 2010

ABBAS TOLAK KERJASAMA SERET PEMIMPIN ZIONIS KE MAHKAMAH ANTARABANGSA


Rabu ,14/01/2009 - Wakil Ketua Persatuan Peguam Arab, Abdl Adzim Al-Magribi dalam wawancaranya dengan Televisyen Al-Jazeera Selasa (13/1) mengatakan, Mahmud Abbas menolak kerjasama dengan pihaknya untuk mengheret para pemimpin Israel ke mahkamah antarabangsa terhadap jenayah perang di Gaza.
Al-Magribi menjelaskan, pihaknya sudah bertemu Mahmud Abbas untuk mengajukan jenayah perang Israel ini kepada mahkamah antarabangsa. Ini kerana mahkamah antarabangsa tidak akan menjalankan pengadilannya kecuali jika ada pengajuan dari sejumlah pemimpin negara.
Oleh karena itu, pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Den Haag, Belanda tidak akan mengadili jenayah Israel ini kecuali jika ada persetujuan dari Mahmud Abbas. Namun berita muktahir menunjukan, Abbas menolak ajakan kerjasama dengan pertubuhan tersebut.
sumber : COMES

Tiada ulasan:

Catat Ulasan