Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 30 Mac 2010

AL MEZAN KECAM SERANGAN BERTERUSAN ISRAEL KEATAS GAZA


Selasa, 30/03/2010 – Askar rejim Zionis terus memperhebatkan kekejaman dan serangan udara ke atas bahagiaan utara dan timur Semenanjung Gaza, berdekatan dengan kawasan sempadan. Lebih kurang jam 9.30 pagi Selasa lalu, 10 kereta kebal dan jentolak rejim Zionis telah mara sejauh 200 meter ke kawasan perindustrian yang terletak di timur Beit Hanoun, utara Gaza. Beberapa orang penduduk Palestin yang sedang membersihkan sisa-sisa runtuhan bangunan segera meninggalkan kerja mereka dan lari menyelamatkan diri ke arah selatan. Jentolak rejim Zionis menggali lubang-lubang yang dalam dan meninggikan sisa-sisa runtuhan yang sedia ada. Askar rejim Zionis masih lagi berada di kawasan yang dimaksudkan semasa artikel ini dikeluarkan. Tiada sebarang kecederaan ataupun korban nyawa yang dilaporkan.

Dalam kejadian yang lain, jet pejuang rejim Zionis telah mensasarkan peluru berpandu ke atas tanah pertanian milik Usama Zimo. Tanah pertanian tersebut terletak di Jalan Al-Nakhil, di kawasan kejiranan At-Tuffah, di timur Bandar Gaza. Serangan itu mengakibatkan 4 bilik yang berbumbung simen, sebuah perigi dan pamnya musnah. 10 buah rumah dan Sekolah UNRWA Ash-Shija’iya yang terletak berdekatan turut mengalami beberapa kemusnahan. Serpihan kaca yang berterbangan daripada tingkap yang pecah telah mencederakan 8 orang penduduk. Dua daripada mereka merupakan adik-beradik. Al-Mezan mengenalpasti mangsa yang terbabit adalah seperti berikut :

Khawla Jehad Al-Kahlout, 28;

Alaa Sa’ed Kareem, 16;

Ruba Sa’eed Kareem, 12;

Yasser Naeem Hijazi, 25;

Akram Al Faiomi, 21;

Nahedh Khalil Abu Amsha, 45;

Mohammed Nahedh Abu Amsha, 19 dan

Abed Anis Marzouq, 62.

Pada kira-kira jam 8 malam, 3 penduduk Palestin telah ‘mencuri-masuk’ pagar pemisah antara Semenanjung Gaza dan Israel. Tanpa berlengah, askar rejim Zionis melepaskan tembakan dan mengejar mereka sehingga ke kawasan timur Kampung As-Salqa. Mereka kemudiannya ditahan, lapor Al-Mezan. Dalam serangan itu, Salman Mahmoud Bre’im, 35 telah terkena tembakan di telinga kirinya. Ketika itu dia sudah berada berhampiran rumahnya di Kampung As-Salqa. Dia kemudiannya dimasukkan ke Hospital Al-Aqsa, Bandar Deir Al-Balah sebelum dipindahkan ke Hospital Shifa, Semenanjung Gaza. Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi telah menyebabkan ramai pemuda Palestin menggadaikan nyawa mereka untuk mencari nafkah. Menurut siasatan Al-Mezan, semasa kebangkitan kedua Intifada yang bermula pada September 2000, seramai 64 penduduk Palestin telah terkorban ketika cuba ‘mencuri-masuk’ pagar pemisah itu, semata-mata untuk mencari rezeki.

sumber : The Palestine Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan