Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 31 Mac 2010

BRITAIN SIASAT MOSSAD PALSUKAN RIBUAN PASPORT


Rabu, 31/03/2010 – Pihak keselamatan Britain menjalankan siasatan berkenaan dakwaan pemalsuan yang dilakukan oleh Mossad terhadap ribuan paspot Britain selepas pendedahan terbuka Mossad melakukan pemalsuan terhadap beberapa paspot bagi melaksanakan jenayah pembunuhan seorang pemimpin kanan HAMAS, Mahmoud al-Mabhouh.

Akhbar Britain ‘Berita Dunia’ melaporkan wujud petanda di pihak perisikan Britain (M16) menunjukkan Mossad melakukan pemalsuan ribuan paspot Britain, dengan bantuan sebuah syarikat penerbangan Zionis yang bekerjasama dengan Mossad.

Akhbar Britain itu memetik daripada beberapa orang pegawai badan perisikan Britain itu yang berkata bahawa Mossad melalui aktiviti tertutupnya dengan syarikat penerbangan Israel itu berupaya memalsukan ribuan paspot Britain. Terdapat juga kebimbangan bahawa beberapa paspot tersebut telah digunakan dalam pembunuhan pimpinan HAMAS, Mahmoud al-Mabhouh.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan