Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 30 Mac 2010

FATAH DESAK HAMAS IKTIRAF ISRAEL



Ketua fraksi gerakan Fatah, Azam Ahmad mengatakan, pembentukan kerajaan campuran Palestin yang baru bergantung pada sikap pemerintah Palestin ketika ini atas program politik Palestin, termasuk pengiktirafan kewujudan negara Israel. Pernyataan ini dinyatakan Ahmad, salah seorang pembantu Presiden
Palestin, Mahmud Abbas. Beliau mengatakan, Abbas tidak akan membahaskan isu kerajaan campuran, kecuali setelah ada kesepakatan politik bersama Hamas.

Kesepakatan ini perlu mencantumkan pengakuan yang jelas dan nyata berkenaan inisiatif damai dari bangsa Arab termasuk perjanjian damai yang telah ditandatangani Organisasi Pembebasan Palestin
(PLO) bersama Israel. Pengiktirafan Hamas terhadap Israel membolehkan kumpulan tersebut menolak semua piagam perjanjian menghancurkan negara ‘Israel’.
Setelah itu, gerakan Fatah akan mendirikan negara Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Menurut Reuters, Abbas terpaksa melakukan perkara tersebut kerana
mendapat tekanan daripada pendokong Fatah serta Amerika dan Israel agar memulau pemerintahan Palestin sekarang serta membentuk pemerintahan baru dari kalangan teknokrat. Sebelumnya Abbas dan Hamas sepakat memulakan kembali perundingan
berkenaan pembentukan kerajaan campuran, dalam rangka mendapatkan bantuan dari negara-negara Barat yang mendesak Hamas agar mengiktiraf kewujudan negara Israel, melucutkan senjata serta
menerima kesepakatan sebelumnya antara PLO dan Israel.

Sementara itu, rakyat Palestin khuatir jika perbahasan mengenai kerajaan campuran antara Fatah dan Hamas akan memberi kesan kepada
meningkatnya pertentangan dari kedua-dua belah pihak akibat daripada kekalahan Fatah dalam pilihanraya umum terdahulu. Kemungkinan lain adalah negara-negara Barat akan menghentikan
terus bantuannya jika Hamas tidak mahu menggadaikan prinsip.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan