Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 31 Mac 2010

HASIL SIDANG KEMUNCAK LIGA ARAB TIDAK MEMUASKAN


Rabu, 31/03/2010 – HAMAS mengatakan hasil Sidang Kemuncak Liga Negara Arab di Libya yang berakhir pada hari Ahad (28/3) tidak berjaya mencapai dan memenuhi harapan dan wawasan majoriti bangsa Arab. Ini kerana hasilnya tidak memberikan jawapan yang dikehendaki terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bangsa Arab, terutamanya kebejatan kerajaan haram Zionis yang berterusan menjajah dan menduduki tanah suci bangsa Arab dan usaha mereka untuk mengyahudikannya dengan meruntuhkan Masjid al-Aqsa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Medianya yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada petang Ahad, HAMAS menganggap bahawa resolusi sidang kemuncak tersebut yang terus mahu berpegang dengan proses rundingan sebagai opsyen strategik tanpa berfikir mencari opsyen alternatif lain terutamanya opsyen meneruskan perjuangan, akan menyebabkan kerajaan haram Zionis akan terus bermaharajalela. Cadangan untuk menghubungkan ‘memulakan rundingan tidak langsung’ dengan ‘pemberhentian pembinaan penempatan haram’ telah pun dicuba dan kerajaan haram Zionis membalasnya dengan mereka menambah projek pembinaan penempatan haram di tengah-tengah bandar al-Quds sendiri.

Kenyataan itu juga menambah: “Rakyat Palestin dan bersama mereka bangsa Arab lainnya, amat mengharapkan agar kajian semula dibuat untuk melihat opsyen-opsyen politik yang ada, iaitu dengan bersatu mengguna pakai satu strategi baru yang berdasarkan kesatuan saf Arab dalam menyokong dan mendokong pihak perjuangan yang sudah membuktikan kemampuannya untuk menundukkan regim Zionis tanpa sebarang syarat sebagaimana berlaku di selatan Lubnan dan Gaza.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan