Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 17 Mac 2010

KEMATIAN RACHEL CORRIE MENGERIKAN


Isnin , 15/03/2010 – Saat-saat terakhir kematian Rachel Corrie yang dilanggar dan dihimpit hingga hancur oleh jentolak berat Israel, aktivitis keamanan dari Amerika Syarikat, diceritakan oleh rakan beliau sebagai saksi di Mahkamah Israel pada hari Rabu.

Ibu bapa Rachel Corrie yang menyaman kerajaan Israel akibat pembunuhan anak mereka, hadir pada sidang mahkamah tersebut dan mendengar sendiri bagaimana anak mereka dibunuh dengan kejamnya dimana kerajaan Israel langsung tidak mengutuk pembunuhan tersebut.

Richard Purssell, aktivitis keamanan Britain daripada kumpulan International Solidarity Movement (ISM) menceritakan bagaimana beliau melihat Rachel dilanggar dan diheret sejauh 4 meter oleh jentolak Israel dengan kelajuan pejalan kaki yang berjalan cepat.

Richard memberitahu bagaimana Rachel terbenam ke dalam tanah semasa diheret semasa mereka sedang menghalang jentolak tersebut daripada merobohkan rumah orang Palestin disitu. Richard dan beberapa aktivitis lain semasa kejadian sedang membantu aktivitis lain dalam proses tersebut termasuk Rachel.

Semasa kejadian, Rachel berdiri di atas sekelompok tanah yang ditarah oleh jentolak itu lalu menghalang jentolak itu daripada memusnahkan rumah Dr. Samir Nasrallah seorang ahli farmasi. Walau pemandu jentolak tersebut tahu Rachel berada di situ namun tidak diendah dan terus mara ke depan dan seterusnya Rachel hilang dari pandangan.

Orang yang berada disekitar situ mula menjerit ke arah jentolak supaya berhenti tetapi kekejaman itu diulangi dengan jentolak itu berundur ke belakang sekali lagi menggilis tubuh Rachel yang tidak bermaya.

Selepas itu 3 akitivis ISM yang berada disitu terus memapah Rachel dan memegang kepala dan tengkuk Rachel yang masih bernafas dengan berhati-hati dan cuba memberikan bantuan awal sedaya mungkin untuk menyelamatkan Rachel tetapi akhirnya Rachel meninggal dunia akibat kecederaan tersebut.

Ditanya oleh peguam bela Israel kenapa Rachel bertindak demikian dengan berdiri di laluan jentolak tersebut Richard mengatakan beliau tidak tahu tetapi kemungkinan Rachel mahu menyelamatkan rumah Dr. Samir daripada dimusnahkan.

Ibu bapa Rachel, Craig dan Cindy, dari Washington, sedang mendakwa kerajaan Israel di dalam mahkamah atas kematian anak mereka. Israel mendakwa tenteranya tidak boleh dipersalahkan kerana pemandunya tidak nampak Rachel dan kenyataan Israel ini disangkal oleh para saksi yang menyaksikan sendiri kekejaman tersebut.

Selang beberapa minggu kejadian tersebut Tentera Israel menuduh mendiang Rachel serta rakan-rakannya dari ISM melakukan aktiviti yang tidak bertanggungjawab dan merbahaya. Pada tahun 2004 pembantu kepada Colin Powell Setiausaha Amerika, Lawrence Wilkerson melaporkan Israel gagal dalam menjalankan siasatan yang telus dan menyeluruh ke atas kematian Rachel seperti yang dijanjikan oleh Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel masa itu.

Peguam Corrie, Hussein Abu Hussein, memberitahu sebelum persidangan mahkamah bahawa tentera Israel telah menlanggar etika perundangan antarabangsa yang menghalang serangan ke atas orang awam.

Craig Corrie berkata mereka telah berjuang untuk keadilan Rachel selama 7 tahun dan ini adalah bukannya untuk menghukum Israel tetapi untuk mengubat luka mereka dan untuk memberitahu Rachel bahawa mereka bersama Rachel dan mahu Rachel berbangga dengan apa yang dilakukan untuk beliau.

sumber : The Palestine Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan