Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 30 Mac 2010

Nasrallah: Kami Mampu Mensasarkan Sebarang Sasaran Keatas Israel



Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah berkata, partinya masih lagi mempunyai kemampuan untuk melancarkan peluru berpandu yang boleh mengenai sebarang sasaran atau tempat di Israel. Dan Syria juga telah bersedia untuk masuk ke kancah peperangan dengan Israel pada Julai 2006.

Beliau menjelaskan dalam temubual dengan Aljazeera sempena ulang tahun pertama peperangan Julai 2006 antara Hizbullah dan Israel bahawa tidak ada satu tempat pun di Palestin yang dijajah itu tidak dapat dijejaki oleh peluru berpandu hizbullah pada Julai dan Ogos 2006 lalu”.

Beliau berkata, tempat-tempat yang dibom oleh pesawat-pesawat Israel dalam peperangan pertama tidak mengenai simpanan peluru berpandu Hizbullah.

Beliau berkata, sebagaimana yang saya tahu, Syria telah memaklumkan kepada Israel melalui perantara bahawa ia tidak akan berdiri melihat sahaja sekiranya dua kawasan sempadannya dengan Lubnan di sebelah barat mencapai sebarang kemajuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan