Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 17 Mac 2010

PM PALESTIN MENYERU INTIFADA KETIGA TERHADAP ISRAEL



Khamis , 25/02/2010 – Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya pada hari Selasa menggesa Intifada baru di Tebing Barat dan Jerusalam dalam menentang keputusan Israel untuk mengambil Masjid Ibrahimi dan Bilal untuk dijadikan kawasan bersejarah Yahudi.

Gesaan ini dibuat sewaktu demonstrasi yang dilakukan di Gaza yang dihadiri wakil-wakil kumpulan pejunag, ahli parlimen serta tetamu kehormat.

Haneyya turut mengutuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mengumumkan untuk kembali ke meja rundingan dengan Israel yang dalam masa yang meningkatkan serangan ke atas tempat-tempat suci Islam di Tebing Barat dan Jerusalam.

Beliau menyeru agar PA membebaskan segera tahanan politik, tidak meneruskan rundingan dengan Israel sebagai tanda penentangan terhadap usaha Israel ini. Penjajahan Israel adalah haram dan segala yang datang daripada Israel adalah haram dan setiap keputusan tidak akan diiktiraf serta Jerusalam, tanah sekelilingnya, masjid Ibrahim dan Bilal adalah kesemuanya hak Palestin.

Pemimpin Jihad Islam Khaled Al-Batesh berkata tindakan Israel adalah tindakan yang sama yang digunapakai untuk menjajah Palestin sejak dulu lagi dan kini sengaja mereka cerita untuk mencuri tempat suci Islam.

Manakala Speaker Palestin Dr. Aziz Dweik pula berkata Israel melanggar semua norma dan undang-undang antarabangsa dan menegaskan masjid adalah milik umat Islam yang mutlak.

Jurucakap Hamas di utara Gaza, Sam’an Attallah berkata tuntutan Israel yang mengatakan masjid Ibrahim dan Bilal adalah tapak sejarah mereka adalah tidak berasas dan masjid adalah milik Islam.

Timbalan Speaker Dr. Bahar pula menyeru semua pemimpin Arab akan meletak agenda Israel ini sebagai agenda pertama dalam sidang Arab dan menyeru mereka mengambil tindakan yang serius di mana ini akan dijadikan sebagai batu loncatan bagi Israel untuk menakluk kesemua tempat suci Islam dan Kristian.

Dalam insiden yang sama, militia Abbas berjaga disekitar kawasan Masjid Ibrahim dan Bilal untuk meredakan para pendemonstrasi yang bertindak membaling batu ke atas askar Israel yang berkawal disitu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan