Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 29 Mac 2010

RAKYAT MESIR TUNTUT USIR DUTA KERAJAAN HARAM ZIONIS


Jumaat, 26/03/2010 – Beberapa puluh rakyat Mesir yang marah melakukan tunjuk perasaan pada hari Khamis (25/3) di hadapan bangunan Kementerian Dalam Negeri Mesir di Kaherah. Mereka menuntut agar Duta kerajaan haram Zionis diusir dan segala hubungan dengan kerajaan haram Zionis diputuskan sebagai membalas tindakan pencerobohan yang dilakukan terhadap hak rakyat Palestin dan tanah suci Islam.

Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin, gambar Masjid al-Aqsa dan bandar Baitul Maqdis. Mereka juga melaungkan slogan yang mengutuk pendirian kerajaan Arab yang mendiamkan diri dengan tidak mengambil apa-apa langkah yang praktikal terhadap polisi-polisi kerajaan haram Zionis. Antara slogan yang dilaungkan: Hancur hancur, hancur Israel! Hancur hancur, hancur pengkhianat! Kenapa kenapa, kenapa diam! Di mana di mana, di mana maruah!

Anggota kumpulan dan para aktivis ‘Demi Mu Palestin’ yang menganjurkan tunjuk perasaan tersebut menuntut kerajaan Mesir agar melaksanakan lima tuntutan asasi mereka, iaitu mengusir duta Zionis, berundur daripada inisiatif perdamaian Arab, memberhentikan pengeksportan gas kepada kerajaan haram Zionis, memutuskan segala hubungan diplomatik dengannya dan menamatkan segala usaha memperbaiki hubungan dengannya dalam semua bidang sama ada ekonomi, politik, kebudayaan dan kemasyarakatan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan