Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 28 Mac 2010

TENTERA ISRAEL CEROBOH UTARA GAZA, BANTU PENDUDUK HARAM DI TEBING BARAT


Khamis, 25/03/2010 – Tentera Penceroboh Israel dengan kereta kebal mengiringi jentolak ke utara Gaza berdekatan Beit Hanun dan memusnahkan bangunan disekitarnya. Saksi memberitahu 4 jentolak besar mengerjakan kawasan tersebut yang dilindungi oleh tentera penceroboh Israel.

Tentera Israel juga membantu dan memberi perlindungan kepada penduduk haram di kampung Singil Ramallah apabila penduduk haram ini berusaha mengambil tanah penduduk Palestin dengan menghalang peladang Palestin daripada mengusahakan tanah mereka.

Penduduk haram ini membaling batu ke arah petani-petani Palestin dan cuba merampas traktor kepunyaan mereka tetapi petani-petani Palestin berjaya menghalau mereka namun selepas itu tentera Israel mengepung perkampungan itu dan mengawal aliran keluar masuk bertujuan memberi perlindungan kepada penduduk haram.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan