Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 7 April 2010

ABBAS BERI PERLINDUNGAN RASMI KEPADA PERASUAH


Rabu , 07/04/2010 -Fauzi Barhoum, jurucakap HAMAS menganggap pendedahan yang dilakukan mutakhir ini berkenaan dengan kes-kes keruntuhan akhlak, penyelewengan kewangan dan pentadbiran serta menjadi tali barut Zionis di kalangan para pemimpin Fath di Tebing Barat menegaskan lagi betapa kebejatan akhlak dan keruntuhan semangat nasionalisme di kalangan pihak berkuasa tersebut.

Beliau menegaskan dalam satu kenyataan akhbar bertulis pada hari Selasa (6/4) yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa keputusan Abbas untuk memusnah dan membakar semua fail melibatkan kes rasuah adalah perlindungan rasmi dan jelas kepada pelaku rasuah, serta memberikan imuniti daripada kuasa tertinggi Fath dan ini akan menyebabkan kes tersebut akan meningkat pada masa-masa akan datang.

Barhoum menuntut semua pihak dan kumpulan pejuang Palestin, orang ramai, kumpulan elit Palestin, nasionalis dan kumpulan-kumpulan pejuang hak asasi manusia yang prihatin terhadap kepentingan rakyat Palestin supaya memainkan peranan bagi mendedahkan perbuatan ini dan mereka yang terlibat di belakangnya, serta menuntut secara berterusan agar mereka yang terlibat itu dihukum dengan mendaulatkan undang-undang sedia ada. Tindakan ini perlu sebagai melindungi kesatuan dalaman dan kepentingan rakyat Palestin, kerana penerusan mereka melakukan rasuah dan kerosakan serta memberikan perlindungan kepada mereka oleh Abbas adalah perkara paling bahaya terhadap keselamatan dan khazanah kekayaan rakyat Palestin itu sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan