Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 21 April 2010

AHLI PARLIMEN MESIR DESAK KERAJAAN MESIR USIR DUTA REJIM ZIONIS


Rabu, 21/04/2010 – Anggota parlimen Mesir dari Ikhwan, Ir. Ibrahim Abu Auf mendesak dan memohon ketua dewan kabinet dan menteri luar Mesir agar membantu menangani isu rakyat Palestin di Tebing Barat yang didiami secara haram oleh Zionis. Abu Auf menyatakan seramai 70000 rakyat Palestin telah diusir dari kampung halaman mereka dan digantikan pendatang haram Yahudi. Keadaan ini telah menjadikan seolah-olah tanah rakyat Palestin menjadi hak ZIonis Israel.

Abu Auf turut mengingatkan undang-undang antarabangsa memberikan hak kepada rakyat Palestin untuk mereka hidup di tanah mereka sendiri dan juga hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka. Jelas Zionis melanggar undang-undang antarabangsa namun seluruh dunia hanya mampu berdiam diri khususnya negara-negara Arab.

Abu Auf turut mendesak agar duta besar Israel di Mesir di usir, segala perjanjian dibatalkan dan menutup terus kedutaan Israel di sini. PBB yang sepatutnya bertindak menghadapi kezaliman Israel masih tidak mampu bertindak.

sumber : COMES

Tiada ulasan:

Catat Ulasan