Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 8 April 2010

AL-QASSAM TEGASKAN TETAP BERPEGANG DENGAN SYARAT PERTUKARAN BANDUAN


Khamis , 08/04/2010 – Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera HAMAS menegaskan bahawa ia telah bersumpah akan terus berpegang teguh dengan syarat dan prinsipnya bagi menyelesaikan isu tawanan, terutamanya mereka yang dikenakan hukuman berat atau penjara seumur hidup. Ia juga mengatakan bahawa mogok lapar yang dilaksanakan oleh para tawanan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mempertahankan diri mereka dan sebagai langkah menghidupkan isu mereka.

Abu Ubaid, jurucakap media briged tersebut berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui laman webnya pada hari Rabu (7/4): “Ini adalah pertarungan dan keutamaan kita pada fasa hadapan. Dengan izin Allah, kesabaran akan dapat mengalahkan kezaliman.”

Beliau seterusnya menambah: “Kita tidak akan membiarkan para tawanan begitu sahaja. Kita akan terus berusaha untuk merealisasikan pembebasan mereka daripada cengkeman penjenayah Zionis. Kita memberi ingatan kepada setiap orang bahawa sejak lama dahulu, sekarang dan pada masa akan datang, kita akan tetap memperjuangkan kebajikan mereka dan meletakkannya di hadapan keutamaan dan objektif kita yang paling utama.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan