Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 2 April 2010

Hadis Mengenai Silaturahim

Dari Ali bin Abi Thalib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:" Sesiapa senang untuk dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya serta dihindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dan menyambung silaturahim."
(riwayat Imam Abdullah bin Ahmad, al-Bazzar dan at-Thabrani)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:" Belajarlah tentang nasab keturunan kamu sehingga kamu dapat menyambung silaturahim. Kerana sesungguhnya silaturahim menjadi sebab (timbulnya)kecintaan terhadap keluarga (kerabat dekat), banyaknya harta dan bertambahnya usia."
(riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan al-Hakim)

Rasululah s.a.w. bersabda:" Tidak masuk syurga pemutus silaturahim."
(riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi dari Zubair bin Muth'sim r.a.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan