Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 16 April 2010

HAMDAN MEMBERI AMARAN PEMINDAHAN PENDUDUK TEBING BARAT DAN AL-QUDS


Jumaat, 16/04/2010 – Usamah Hamdan, anggota Biro Politik HAMAS memberi amaran terhadap pelaksanaan keputusan Zionis memindahkan puluhan ribu rakyat Palestin dari Tebing Barat dan menganggap keputusan tersebut adalah hasil daripada sikap kompromi.

Hamdan berkata: “Ketika regim Zionis mendapati jururunding Palestin amat lemah dan menyerah serta sanggup memberikan apa saja, maka sudah pasti kita boleh menjangkakan jururunding itu akan sanggup memberikan lebih daripada itu.” Beliau menganggap jika langkah tersebut dilaksanakan, ia merupakan tragedi besar kepada rakyat Palestin. Beliau menambah keputusan tersebut merupakan proses pemindahan baru bagi kebanyakan penduduk Tebing Barat dan bandar al-Quds.

Beliau yang juga seorang pimpinan HAMAS dalam satu kenyataan kepada akhbar Jordan, al-Sabeel terbitan hari Selasa (13/4), menuntut daripada negara-negara Arab dan pemimpin pihak berkuasa Palestin agar mengambil pendirian serius bagi memberhentikan kebongkakan Zionis dengan mengisytiharkan kegagalan rundingan dan berakhirnya penyelesaian secara perdamaian, serta memperakukan bahawa mempertahankan hak rakyat Palestin tidak akan berhasil melainkan dengan perjuangan dan tidak hanya berpada dengan komentar bersahaja. Beliau juga menegaskan bahawa perisytiharan tersebut pasti akan memberikan kesan kepada proses perdamaian yang sedang berlangsung.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan