Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 7 April 2010

ISRAEL MENAHAN KIRA-KIRA 400 ORANG KANAK-KANAK PALESTIN DI PENJARA


Rabu , 07/04/2010 -Isnin lalu, Pusat Hak Asasi Manusia Palestin mengatakan bahawa hampir 400 orang kanak-kanak Palestin telah ditahan di penjara Israil, telah menjadi mangsa siksaan dan kekerasan yang dilakukan oleh tentera Zionis.

Pusat Hak Asasi Manusia ‘Sawasiya’, mengatakan di dalam sebuah sidang akhbar bahawa tentera zionis Israel masih mengurung kanak-kanak tersebut di penjara, dan menjadi korban kepada semua jenis tindakan pencerobohan dan tidak berperikemanusiaan yang sangat dikutuk oleh undang-undang antarabangsa.

Agresi Israel yang menentang pertumbuhan penduduk di Semenanjung Gaza baru-baru ini merupakan bukti kekerasan Israel terhadap hak-hak kanak-kanak Palestin yang tak berdosa, termasuk beratus-ratus yang telah cedera dan terbunuh oleh tentera Israel dalam serangan udara yang disifatkan sebagai pengecut.

sumber : The Palestine Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan