Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 2 April 2010

KELAHIRAN KEMBAR SIAM PERTAMA DI GAZA


Jumaat, 02/04/2010 – Fenomena pelik dan jarang telah muncul untuk pertama kalinya di kawasan Palestin iaitu kembar “Siam” telah dilahirkan, dua bayi perempuan (Rittal, dan Retag) telah melekat dan bercantum antara satu sama lain di hospital “Mubarak” di Khan Younis, yang mana telah mengejutkan para doctor kerana ianya merupakan kali pertama berlaku.

Tiada siapa menjangkakan yang pembedahan casarean untuk wanita itu bertukar menjadi satu keadaan yang jarang dilihat di dunia. Doktor yang menbantu kelahiran kembar tersebut, Dr. Abu Amooneh melahirkan rasa terkejut selepas menyambut kelahiran bayi tersebut, dan beliau menyatakan “ini merupakan kes kembar Siam yang pertama yang kami saksikan di Gaza dan kami tidak tahu untuk mengendalikannya kerana doktor di sini tidak bersedia untuk perkara ini”.

sumber : The Palestine Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan