Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 1 April 2010

KERAJAAN PALESTIN SERU PEMIMPIN REJIM ZIONIS DIBURU


Khamis, 01/04/2010 – Kerajaan Palestin menyeru pemburuan pemimpin regim Zionis diaktifkan, iaitu pemimpin yang terlibat dalam jenayah perang terhadap rakyat Palestin pada peringkat rasmi kerajaan negara-negara Arab dan secara bersepadu berdasarkan fail-fail yang mempunyai kes terhadap mereka agar menegah dan menghalang mereka daripada melakukan jenayah-jenayah baru.

Dalam satu kenyataan yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada petang Selasa (30/3) selepas mesyuarat minguannya, kerajaan Palestin mengutuk percubaan yang dilakukan oleh beberapa pihak antarabangsa dan regim Zionis dengan bantuan pihak berkuasa Fatah di Ramallah untuk mengalih perhatian daripada hasil laporan Goldstone. Kenyataan itu juga turut mengutuk jika laporan itu diketepi dan tidak diberikan perhatian dalam perbincangan rasmi negara-negara Arab.

Kerajaan Palestin juga mempertanggungjawabkan regim Zionis terhadap serangan yang berlaku di Khan Yunus di Semenanjung Gaza pada Jumaat lepas. Ia juga menarik perhatian bahawa apa yang berlaku adalah bertujuan untuk mengalih perhatian akibat kegagalan polisi Netanyahu dan kerajaannya dalam banyak isu. Kami menganggap ancaman yang dikeluarkan oleh para pemimpin Zionis adalah percubaan untuk menyembunyikan kegagalan politik mereka. Kerajaan Palestin juga menyeru masyarakat antarabangsa agar menyekat dan membendung sikap dan tindakan permusuhan para pemimpin Zionis terhadap rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan