Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 6 April 2010

LEBIH SEPARUH PENDATANG TINGGAL DI BAITUL MAQDIS


Selasa, 06/04/2010 – Biro Statistik Pusat Palestin mengeluarkan kenyataan media ulangtahun ke empat Hari Tanah 33 hari ini, menunjukkan lebih daripada 85% tanah bersejarah Palestin kini dibawah kawalan Israel, dan 55% pendatang di Tebing Barat tinggal di Wilayah Baitul Muqaddis.

Tentera Pendudukan mengadakan zon penimbal sepanjang sempadan Semenanjung Gaza denga kelebaran menjangkau 1,500 m sepanjang sempadan timur bagi sektor itu, kira-kira 58 km, Ini bermakna ia mengambil keluasan 87 km ² daripada keluasan keseluruhan Semenanjung Gaza, Tentera Pendudukan mengawal 24% daripada kawasan keseluruhan 365km² yang mana kawasan cukup sesak dan padat dengan penduduk.

Ia juga mengatakan bahawa dengan dasar pemusnahan rumah yang berterusan di Baitulmuqaddis, dasar yang mengyahudikan tanah dan mengosongkan populasi Palesntin, kira-kira 50 juta saman terhadap warga baitulmuqaddis dengan alasan ‘pembinaan tidak berlesen’.

sumber : The Palestine Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan