Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 1 April 2010

MESEJ SOKONGAN OBAMA KEPADA YAHUDI DALAM PETA PASKAH YAHUDI


Khamis, 01/04/2010 – Presiden AS Barack Obama memutuskan untuk menghantar mesej sempena Pesta Paskah Yahudi di mana beliau menghantar salam kepada dunia Yahudi umumnya dan Israel khususnya dengan beberapa kata-kata hangat Obama bagi orang Yahudi yang ditulis dalam bahasa Ibrani.

“Membaca kisah keluarnya Yahudi dari Mesir mengingatkan kita tentang tanggung jawab untuk melawan penindasan dan diskriminasi dan bekerja untuk menyokong kebebasan di mana sahaja”, kata Obama.

Mesej ini dihantar selepas menyaksikan ketegangan muncul dalam beberapa pertemuan terakhir antara Israel dan Amerika Syarikat berikutan keputusan untuk membina 1,600 unit rumah baru di Baitulmuqaddis bertepatan dengan kunjungan Obama ke negara itu.

sumber : The Palestine Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan