Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 7 April 2010

MESIR MELETUPKAN TEROWONG DI SEMPADAN GAZA-MESIR


Rabu , 07/04/2010 -Pasukan keselamatan Mesir telah meletupkan sebuah terowong di sempadan Gaza-Mesir Isnin lepas. Pasukan Keselamatan Mesir telah meletupkan terowong berhadapan dengan Salah Al-Dain Gate di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut Sumber pihak perubatan yang dilaporkan oleh Agensi berita Safa, mereka menegaskan bahawa terowong itu telah meletup namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Selasa lalu, polis Mesir telah merampas 41 buah kereta baru berhampiran sempadan Gaza yang akan diseludup ke Semenanjung Gaza melalui terowong berkenaan.

Terowong di antara Mesir dan Semenanjung Gaza telah menjadi sasaran serangan udara Israel dan kerajaan Mesir sememangnya berupaya untuk membanjirkan mereka dengan air dan gas bumi.

sumber : The Palestine Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan