Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 8 April 2010

NETANYAHU TIDAK MAHU BERTEMU DENGAN OBAMA


Khamis , 08/04/2010 – Sumber Israel melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menghadiri Sidang Kemuncak Nuklear di Amerika Syarikat tetapi tidak akan mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Barack Obama yang juga akan menyertai sidang kemuncak yang sama minggu depan.

Akhbar harian Israel, Haaretz melaporkan disebabkan “keterbatasan waktu”, Netanyahu dan Obama tidak akan mengadakan pertemuan. Sementara itu, sumber Israel melaporkan Netanyahu kemungkinan akan mengelak untuk menyertai sidang kemuncak itu bagi mengelak tekanan daripada Obama yang menuntut beliau menyahut tawaran meneruskan perbincangan tidak langsung dengan Palestin.

sumber : http://www.imemc.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan