Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 24 April 2010

NETANYAHU TOLAK GESAAN BEKUKAN PENEMPATAN


TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak gesaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama supaya menghentikan pembinaan penempatan haram Yahudi di Baitulmaqdis Timur.

Perkembangan terbaru itu dilihat memudarkan misi perdamaian baru yang cuba dibawa wakil AS ke Timur Tengah, George Mitchell.

Pendirian Israel itu diumumkan Netanyahu dalam saluran televisyen tempatan, Channel 2 TV tidak lama selepas ketibaan Mitchell di rantau itu, kelmarin.

"Tidak akan ada pembekuan di Baitulmaqdis," katanya.

Netanyahu berulang kali menyuarakan pendiriannya berhubung isu penempatan Yahudi.

Namun, kenyataan terbaru beliau itu, yang diumumkan ketika Mitchell baru saja tiba di Timur Tengah jelas mengancam usaha memulakan semula rundingan damai dipengerusikan AS.

Washington mahu Tel Aviv menghentikan pembinaan penempatan di Baitulmaqdis Timur, iaitu wilayah yang dituntut penduduk Palestin berdasarkan perjanjian lama.

Hubungan AS-Israel tegang selepas Tel Aviv mengumumkan pelan membina 1,600 unit rumah di Baitulmaqdis.

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan