Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 1 April 2010

NGO BERGABUNG MEMBANTAH ISRAEL MENGHALANG 4 PERJALANAN AHLI PARLIMEN POLAND


Jumaat, 02/04/2010 – Pencabulan terhadap 4 Ahli Parlimen Poland berlaku di Lapangan Terbang Ben Gurion bila meninggalkan Isreal selepas melakukan lawatan ke kawasan yang dijajah (Semenanjung Gaza dan Tebing Barat) adalah penghinaan yang tidak dapat digambarkan, seperti yang dilaporkan oleh Brussels-based European Campaign to End the Siege of Gaza (ECESG) hari ini.

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas mereka menyebabkan penerbangan mereka tertangguh adalah dilakukan dengan sengaja dan tanpa sebab,” kata Dr. Arafat Shoukri, pengerusi kempen tersebut. “Ini adalah satu contoh lagi pencabulan terancang Israel di peringkat antarabangsa, untuk menghalang mereka dari melihat sendiri keadaan tempat tersebut. Bagaimanapun, pegawai – pegawai dari Eropah yang telah melabur dengan signifikannya dalam memenuhi keperluan asas masyarakat Palestin – kewajipan itu sebenarnya harus dimulakan oleh pihak yang menjajah – dan memiliki hak untuk menilai situasi. Komuniti dunia harus membantah sekers – kerasnya.”

Ahli Parlimen tersebut turut disertai oleh Jolanta Hipinska, president penasihat undang – undang parlimen Poland untuk rakyat Palestin, telah melawat Semenanjung Gaza melalui Mesir bersama ECESG pada Januari lepas, dan kemudiannya ke Tebing Barat untuk bertemu dengan wakil Majlis Perundangan Palestin. Semasa meninggalkan Israel melalui Lapangan Terbang Ben Gurion, delegasi tersebut telah menjalani pemeriksaan yang cukup lama dan terpaksa menangguhkan penerbangan mereka.

sumber : The Palestine Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan