Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 1 April 2010

PAMERAN "MELAWAN SEKATAN" DI GAZA


Khamis, 01/04/2010 – Pameran ‘Innovasi Di Bawah Sekatan’ memberi gambaran tahap cabaran yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza di bawah sekatan Israel selama 4 tahun dimana sekumpulan syarikat Palestin sedang mempamerkan barangan yang dibuat daripada runtuhan bangunan dan bahan mentah yang menunjukkan rakyat Palestin dapat mengharungi sekatan ini.

Sepuluh syarikat dan kilang menyertai pameran ini yang dikelolakan oleh Kesatuan Am Industri Palestin daripada dana untuk membangunkan pasaran baru dimana kesepuluh syarikat dan kilang tersebut mengalami kerugian akibat sekatan ke atas Gaza.

Pengarah Eksekutif kesatuan tersebut di Gaza, Amr Hamad memberitahu objektif utama pameran itu adalah untuk meggalakan sektor industri untuk bangun semula dan untuk memberitahu orang awam bahawa sektor industri masih hidup dan berkembang walaupun disekat Israel.

sumber : The Palestine Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan