Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 5 April 2010

PENEROKA ISRAEL MULA MENGAMBIL ALIH TANAH DI NABLUS


Isnin , 05/04/2010 -Ketua Majlis Kampung di Deir al Hatab, Abdul Karim Hussein, melaporkan pada hari ini hampir sedozen peneroka haram dari penempatan “Alon Moreh” telah menempatkan sebilangan caravan dan rumah bergerak disamping kjemah – khemah dan tangki air berhampiran dengan telaga yang terletak tidak jauh dari 500 meter dari perkampungan Deir al Hatab di tengah Nablus dalam kawaan Tebing Barat.

Menurut Hussain dan saksi yang lain, mereka sendiri telah memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Palestin pagi ini and meluahkan ketakutan mereka terhadap langkah seterusnya dalam membangunkan penempatan haram berhampiran kampong mereka, terutamanya apabila mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk merampas satu – satunya telaga dalam kampong ini yang terletak di Ain, bahagian barat bandar tersebut. Beberapa peneroka tanah haram itu dilaporka telah memukul Presiden Majlis tersebut sebelum beliau membajak tanah penduduk berhampiran dengan telaga tersebut.

Dianggarkan bilangan penduduk si perkampungan Deir al-Hatab tidak melebihi 2400 orang.

sumber : The Palestine Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan