Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 23 April 2010

POLIS REJIM ZIONIS AKAN TERUS MELAKUKAN PENAHANAN


Jumaat, 23/04/2010 – Polis Israel merancang untuk melaksanakan kempen penahanan dan konfrontasi terhadap para penduduk di penempatan Itsear yang terletak di Tebing Barat utara sebagai sebahagian daripada penyiasatan pihak polis berikutan berlaku pertengkaran antara penduduk dan askar sempadan Israel yang menyebabkan kecederaan dua daripada mereka oleh penduduk yang bertopeng. Sumber di tentera Israel mengatakan insiden itu berlaku ketika sebuah kereta peronda Israel sedang membuat rondaan rutin dan terkejut apabila sekumpulan penduduk terdiri daripada 30 pemuda hampir-hampir memasuki zon tertutup tentera berdekatan kawasan Itsear.

Sumber juga menambah ketika peronda Israel itu meminta pemuda itu meninggalkan tempat tersebut, mereka menolak sambil mendakwa ia bukan hak prerogatif tentera dan mereka mempunyai kebebasan untuk bergerak di tempat tinggal mereka dan di wilayah Israel pada umumnya, dakwa mereka.

Pasukan tentera tambahan dipanggil untuk memberi sokongan kepada peronda terbabit ketika empat lelaki bertopeng muncul di kalangan demonstor menakala polis dan tentera dilempar dengan batu sehingga menyebabkan dua tentera tercedera.

sumber : The Palestine Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan