Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 21 April 2010

REJIM ZIONIS GAGAL MEMBUKTIKAN HUBUNGANNYA DENGAN AL-QUDS


Rabu, 21/04/2010 – Dr Talib Abu Shi’r, Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama menegaskan bahawa kegiatan arkeologi berterusan yang dijalankan oleh tentera penjajah Zionis di bandar al-Quds dan lainnya, gagal menemui walaupun seketul batu yang mempunyai hubungan dengan sejarah bangsa Yahudi kuno. Beliau juga menjelaskan pakar arkeologi Yahudi sendiri mengaku tidak menemui sebarang tanda yang menunjukkan hubungan dengan kuil yang didakwa dan tidak juga dengan sejarah kuno Yahudi.

Dalam satu kenyataan akhbar yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada hari Isnin (19/4), beliau menarik perhatian bahawa meskipun tiada sebarang bukti ditemui di bawah Masjid al-Aqsa, tetapi mereka masih meneruskan penggalian dan pencarian kerana mahu menunjukkan seolah-olah mereka pernah mempunyai sejarah dan tamadun di situ, melalui pemalsuan yang mereka lakukan terhadap kitab Taurat dan dakwaan bahawa kuil mereka berada di situ. Namun beliau menjelaskan, rakyat Palestin yang bertahan di kawasan al-Aqsa akan mempertahankannya dengan segala kemampuan yang mereka miliki dan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang perancangan jahat Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan