Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 23 April 2010

REJIM ZIONIS MEMBINA KUIL-KUIL BAGI MENGHAPUSKAN TANDA-TANDA ISLAM DI AL-QUDS


Jumaat, 23/04/2010 – Pengarah Jabatan Peta di Bait al-Sharq, (Ir.) Khaleel al-Tafkaji menegaskan regim Zionis mempergunakan agama bagi tujuan politik mereka bagi membuang akar umbi Arab dan Islam dari bandar al-Quds yang dijajah serta digantikan dengan akar umbi Zionis. Namun beliau menegaskan meskipun pihak Zionis berjaya menghalau rakyat Palestin terutamanya penduduk bandar al-Quds, tetapi mereka gagal mengubah tanda Islam padanya.

Dalam satu dialog khas dengan Pusat Media Palestin pada petang Rabu (21/4) yang disiarkan kemudiannya, beliau menegaskan Zionis menganggap kuil sebagai sebahagian daripada pusaka agama mereka, agar mereka dapat menjelaskan kepada dunia bahawa bandar al-Quds adalah milik mereka, bukan milik rakyat Palestin. Pembinaan lebih banyak kuil bermakna proses pengyahudian terus meningkat dan tanda-tanda Islam dan Arab semakin pupus.

Mengenai projek keretapi bawah tanah yang dijalankan oleh Zionis di bawah Masjid al-Aqsa, beliau menegaskan Zionis bertujuan menyambung apa yang dinamakan sebagai bandar al-Quds barat dengan timur. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan idea memisahkan dua negara dan dua ibunegara. Mereka mahu berkata kepada dunia bahawa bandar al-Quds adalah untuk Yahudi sahaja dan kami tidak mahu berkongsi dengan rakyat Palestin di dalamnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan