Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 6 April 2010

SEBAHAGIAN PINTU MASUK KOMERSIL GAZA DIBUKA HARI INI


Selasa, 06/04/2010 – Kerajaan haram Zionis telah memutuskan untuk membuka sebahagian pintu masuk Kerem Shalom dan Carney pada hari ini bagi membenarkan kemasukan bahan makanan, bantuan dan minyak.

Raed Fattouh, Pengerusi Jawatankuasa Kemasukan Barang-barang Keperluan ke Gaza mengumumkan bahawa kerajaan haram Zionis telah bersetuju untuk membuka pintu masuk Kerem Shalom yang terletak di tenggara Gaza bagi membenarkan kemasukan sebanyak 99 hingga 109 trak bantuan untuk sektor komersil dan pertanian.

Beliau turut berkata bahawa kerajaan haram Zionis akan mengepam gas masakan dan diesel untuk industri dalam kuantiti yang terhad. Mereka juga akan membuka pintu masuk Carney yang terletak di timur Gaza bagi memberi laluan kepada 149 trak yang penuh muatan gandum dan makanan haiwan.

sumber : The Palestine Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan