Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 28 April 2010

TAHANAN REJIM ZIONIS MOGOK LAPAR


Rabu, 28/04/2010 – Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan bagi Membela Tahanan memaklumkan bahawa para tahanan mengadakan mogok lapar kali ketiga untuk bulan ini secara bersama pada hari Selasa (27/4). Ia adalah mogok terakhir daripada siri bantahan yang diisytiharkan oleh para tahanan pada bulan ini.

Riyad al-Ashqar, pengarah media jawatankuasa berkenaan menjelaskan dalam satu kenyataan akhbar pada hari Isnin (26/4) yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa para tahanan bertekad untuk meneruskan bantahan mereka sekalipun mendapat ugutan daripada pihak pengurusan penjara Zionis yang cuba menggagalkan mogok tersebut dengan sebarang cara termasuk melakukan tekanan, memindahkan tahanan dan menyerbu sel-sel tahanan.

Beliau juga menerangkan bahawa pihak Zionis telah berusaha semenjak awal lagi untuk menggagalkan mogok tersebut, tetapi mereka tidak berjaya lalu mereka menggunakan ugutan. Kemudian mereka mengenakan hukuman bagi menghalang tahanan daripada meneruskan mogok tersebut. Di penjara Jalbu’, mereka menghalang tahanan daripada bersenam dan mengeluarkan beberapa kipas elektrik daripada bilik-bilik tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan