Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 1 April 2010

TENTERA REJIM ZIONIS TEMBAK MATI REMAJA DI RAFAH


Khamis, 01/04/2010 – Tentera Rejim Zionis hari ini menembak mati seorang remaja lelaki Palestin di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Mohammed Al-Farmwi, 15, telah dibunuh oleh tentera Rejim Zionis apabila mereka menembak ke arah beliau yang berada di dalam kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Rafah.

Dr. Moawiah Hasanen, ketua bagi khidmat bantuan kecemasan di Kementerian Kesihatan Gaza, menyatakan yang para pegawai perubatan sedang berusaha dengan Pasukan Palang Merah Antarabangsa untuk mengambil tubuh syuhada itu dari tempat dia syahid.

sumber : The Palestine Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan