Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 16 April 2010

ZIONIS ARAH MILITIA ABBAS BENDUNG DEMONSTRASI RAKYAT PALESTIN


Jumaat, 16/04/2010 – Pimpinan tentera regim Zionis mengarahkan militia keselamatan Abbas di Tebing Barat agar membendung demonstrasi rakyat Palestin yang selalu berlaku dari masa ke semasa sebagai mengutuk pembinaan penempatan dan tembok besar penghalang, terutama yang diadakan secara mingguan di beberapa perkampungan Palestin di Tebing Barat.

Akhbar berbahasa Ibrani, Yedioth Ahronoth keluaran terakhirnya memetik sumber daripada tentera Zionis bahawa mereka telah menghantar mutakhir ini beberapa mesej kepada pihak berkuasa Palestin di Ramallah menggesanya agar mengurangkan keganasan demonstrasi, terutamanya yang menentang pembinaan tembok besar penghalang.

Menurut sumber tersebut, tentera Zionis bimbang demonstrasi mingguan itu akan menyebabkan situasi keselamatan di Tebing Barat terjejas dan mengakibatkan ‘suasana yang sukar’. Sumber itu juga mengatakan bahawa ketua tentera kawasan tengah, Ave Mzrakhi telah mengeluarkan arahan kepada pasukan tenteranya agar mengubah ‘situasi’ di Tebing Barat dan menghalang demonstrasi yang berulang-ulang kali berlaku setiap minggu kerana menentang pembinaan tembok besar penghalang di Bil’in, Ni’lin dan lain-lain.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan