Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 7 April 2010

ZIONIS BAKAR PEKERJA ISRAEL


Rabu, 07/04/2010 – Monjed Besharat, 26, seorang pekerja rakyat Palestin yang bekerja di “Keryat Shmoonah” telah diserang oleh 3 orang askar rejim Zionis dengan menyimbah air mendidih ke atas muka pemuda itu sehingga menyebabkannya melecur tahap ke-3.

Selepas bekerja di sebuah kilang besi selama lebih 14 bulan, Monjed tidak pernah menyangka akan didatangi oleh 3 askar rejim Zionis yang memakai topi, melompat turun dari motor dan secara tiba-tiba menyimbah air panas mendidih ke mukanya selepas membelasahnya tanpa sebarang sebab lain kecuali untuk menganiaya jika tidak berjaya membunuhnya.

“Saya dibelasah dengan teruk sehingga tidak sedarkan diri dan selepas itu dibawa ke sebuah tempat yang tidak diketahui lalu disimbah dengan air panas mendidih,” kata Monjed.

sumber : The Palestine Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan