Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 20 April 2010

ZIONIS SIAP SEDIA BUKA "MUZIUM KUIL"


Selasa, 20/04/2010 – Beberapa sumber Palestin di bandar al-Quds yang dijajah memberi amaran tentang satu perancangan baru Zionis untuk membuka apa yang dinamakan sebagai ‘Muzium Kuil’ berhadapan dengan tembok ‘al-Buraq’. Muzium tersebut akan bersaiz lebih besar sedikit daripada Masjid al-Aqsa. Jaraknya pula dengan bahagian barat masjid hanya beberapa meter sahaja. Perlu diingatkan bahawa pembinaan ini adalah di samping pembinaan sebuah lagi kuil yang akan diisytiharkan pembukaannya tidak lama lagi, yang dinamakan sebagai ‘Kuil Kebanggaan Israel’.

Sumber tersebut memaklumkan kepada Pusat Media Palestin bahawa perancangan pihak berkuasa regim Zionis itu terhadap bandar al-Quds dalam tempoh beberapa hari akan datang itu akan mengancam dan membahayakan masjid al-Aqsa, bahkan ia lebih merbahaya daripada ‘Kuil Robohan’ yang telah dibuka beberapa minggu lalu.

Sumber itu juga memaklumkan bahawa sebuah lagi kuil yang dinamakan ‘Cahaya Suci’ akan didirikan di kampung al-Shaykh Jarrah sehingga tahun 2014 di atas tapak 20 buah rumah yang telah dimasukkan sebagai binaan yang akan dirobohkan menurut perancangan Zionis. Sebuah kawasan simpanan semula jadi juga ingin diwujudkan oleh pihak Zionis dengan merobohkan beberapa buah rumah rakyat Palestin di kawasan al-Tur dengan alasan bahawa wujud di kawasan tersebut beberapa ekor burung helang dari spesis yang sukar didapati. Rumah-rumah tersebut perlu dirobohkan bagi menjamin kehidupan yang selesa bagi burung-burung itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan