Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 21 Mei 2010

ARAB SAUDI MEMBERI DUA BUAH PULAU SEBAGAI HADIAH KEPADA REJIM ZIONIS


Inilah Pulau Tiran dan Safir yang telah didiami oleh yahudi

Rahsia ini telah disimpan oleh kerajaan arab saudi sejak tahun 1967. Tiran dan Safir, merupakan dua pulau kembar milik Arab Saudi yang hanya memiliki keluasan seluas 113 Km.

Kedua-duanya sangat strategik kerana berada di muara Teluk Aqaba, Dua buah pulau tersebut adalah terletak di laluan amat penting ke pelabuhan di selatan Israel harus melalui Laut Merah. Israel telah membina pusat kawalan di kedua pulau tersebut.

Pemerintah arab saudi hanya berdiam diri apabila israel mengawal perairan tersebut dengan alasan kedua buah pulau tersebut amatlah kecil. Sedangkan dengan wujudnya yahudi di pulau tersebut, yahudi telah dapat mengawal keseluruhan Teluk Aqaba.

FATAH MENUNTUT LARANGAN KETIBAAN KAPAL ARMADA KEBEBASAN


Khamis, 20/05/2010 – Sebuah sumber akhbar “Matla` ” mendedahkan bahawa kerajaan Fatah di Ramallah menyeru beberapa negara Arab dan serantau menghalang ketibaan satu pakatan “kapal-kapal menghapuskan Kepungan ” ke Gaza, yang dijadualkan tiba akhir bulan ini.

Sumber tersebut memaklumkan kepada , “Palestin Information Center, Selasa (18-5), bahawa “Pihak kerajaan (Fatah) telah menghantar beberapa surat kepada negara-negara Arab dan negara serantau, termasuk Turki, menuntut supaya tidak membenarkan kapal belayar ke Gaza,” dan meminta kerajaan Turki supaya menyalurkan bantuan Gaza melaluinya sahaja.

Sumber tersebut menyebut lagi bahawa pendirian kerajaan Fatah di Ramallah tersebut menyebabkan kesan penentangan lebih hebat oleh pakatan bantuan Gaza keatas kerajaan Ramallah, sambil menegaskan bahawa mereka tidak akan menghentikan kewajipan (menyalurkan bantuan) kemanusiaan ini, walau apa pun keadaan yang berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

REJIM ZIONIS LARANG KAPAL "lifeline4gaza" MEMASUKI GAZA


Khamis, 20/05/2010 – Kerajaan Zionis Israel telah melarang semua kapal Lifeline 4 Gaza yang bertolak dari Eropah untuk masuk ke perairan Palestin. Zionis telah berjumpa dengan duta besar negara-negara Eropah yang menyertai misi keamanan ini.

Misi keamanan itu membawa lebih 500 orang sukarelawan dari 20 negara di seluruh Eropah. Sebanyak 5000tan bahan-bahan binaan di bawa bagi membantu pembangunan semula Gaza. Turut di bawa bekalan perubatan.

Departemen luar negeri Zionis, Senin sore (17/5) mengumumkan pihaknya tidak akan mengizinkan armada “kebebasan” yang membawa bantuan kemanusiaan dan kebutuhan warga masuk Gaza.

Sebelum itu beberapa NGO kemanusiaan dan solidariti Palestin telah membentuk pakatan gerakan untuk menghapuskan halangan Zionis itu.

sumber : COMES

Isnin, 17 Mei 2010

REJIM ZIONIS KEPADA SYRIA: "TIADA CADANGAN MENYERANG KAMU"


Isnin, 17/05/2010 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah meminta Menteri Luar Sepanyol yang dalam lawatan, Miguel Angel Moratinos, untuk menyampaikan mesej kepada Syria yang menyatakan bahawa Israel tidak berhasrat untuk menyerang Damsyik.

Moratinos bersetuju untuk menyampaikan mesej tersebut dan yakin Presiden Syria, Bashar Asad, berminat untuk berdamai dengan Israel dan memiliki hubungan yang rapat dengan Barat.

Bulan lepas, Netanyahu menyatakan bahawa laporan tentang serangan ketenteraan Israel ke atas Syria adalah palsu dan lebih kepada “penipuan oleh Iran dan parti Hezbollah di Lebanon untuk mengalih perhatian antarabangsa dari Iran”.

sumber : http://www.imemc.org

Rabu, 12 Mei 2010

REJIM ZIONIS MEMBUANG RAKYAT PALESTIN KE JORDAN


Rabu, 12/05/2010 – Penjajah Israel membuang seorang warga Palestin dari Hebron ke Jordan pada hari Sabtu. Pengarah media polis Hebron berkata kepada agensi berita Safa bahawa pasukan Israel menahan warga Palestin Morad Zahed, 27, di rumahnya di Hebron dan memaksanya untuk mengemas barang dan kemudian mereka menghantarnya ke sempadan Jordan dengan alasan tidak mempunyai kad pengenalan Palestin.

Dia menambah bahawa Israel menyatakan bahawa dia masuk Tebing Barat sepuluh tahun yang lalu dan tinggal di Hebron.

Israel telah membuang tiga warga Palestin dari Tebing Barat ke Gaza mendakwa bahawa mereka berasal dari Gaza. Israel memutuskan untuk mengusir orang-orang Palestin atau menahan mereka selama 7 tahun atau denda 7500 syikal (hampir $ 1900 USD).

sumber : The Palestine Telegraph

75% KANAK-KANAK PALESTIN DI TIMUR JERUSALEM HIDUP DI BAWAH PARAS KEMISKINAN


Rabu, 12/05/2010 – Sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel telah mengemukakan laporan Isnin lalu yang menyatakan hampir tiga perempat dari semua kanak-kanak Palestin yang tinggal di Timur Jerusalem adalah miskin.

Dalam 95,000 kanak-kanak Timur Jerusalem (lebih kurang 74%) hidup di bawah paras kemiskinan, dibandingkan dengan 45% kanak-kanak yang tinggal dia penempatan Yahudi.

Menurut laporan tersebut, yang bertajuk “Human Rights in East Jerusalem 2010″ (Hak Kemanusian di Timur Jerusalem 2010), yang disediakan oleh Kesatuan Hak Asasi di Israel, hampir dua per tiga Keluarga-keluarga palestin hidup dalam kemiskinan, berbanding hampir satu pertiga keluarga-keluarga Yahudi.

sumber : The Palestine Telegraph

JORDAN: KEMPEN BESAR-BESARAN MEMBOIKOT BARANGAN REJIM ZIONIS


Rabu, 12/05/2010 – Kesatuan Pekerja Profesional Jordan telah mengumumkan pada hari Isnin (11-5)tentang pelancaran kempen secara besar-besaran memboikot barangan Zionis di Jordan, sempena memperingati ulang tahun Nakbah Rakyat Palestin kali ke 62, dan sebagai langkah membantah ancaman berterusan rejim Zionis ke atas Jordan.

Pengerusi Majlis Kesatuan Pekerja Profesional Jordan dan Ketua Persatuan Perubatan Jordan, Ahmed al-Armouti, dalam sidang media (bersama) berkata “Kempen (pemboikotan) dengan slogan [Jordan bersih dari barangan buatan rejim Zionis] berlangsung sempena memperingati ulang tahun ke 62 Nakbah rakyat Palestin yang juga dilakukan atas dasar membantah ancaman berterusan rejim Zionis ke atas Jordan”.

Menurut mereka lagi, kempen yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meneruskan kempen-kempen pemboikotan (sebelum ini) terhadap barangan buatan Zionis, dan menolak untuk berurusan dengan mereka (pihak Zionis) dan dengan pihak yang memperomosikan barangan mereka, serta memberi pengenalan kepada rakyat Jordan tentang produk-produk perniagaan, Kebudayaan, dan Pelancongan Zionis supaya membolehkan mereka memboikot barangan-barangan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

ERDOGAN: DUNIA AKAN TERBAKAR JIKA AL-QUDS TERBAKAR


Rabu, 12/05/2010 – Perdana Menteri Turki, Receb Tayyip Erdogan memberi amaran jika tindakan keras Zionis berterusan berlaku di bandar al-Quds yang akan menyebabkan keseluruhan rantau tersebut terbabit sama. Beliau juga memberi amaran bahawa usaha Zionis untuk menjejaskan kestabilan di rantau tersebut akan menyebabkan akibat yang tidak baik.

Amaran ini dikeluarkan oleh beliau ketika berucap semasa sidang luar biasa bagi jawatankuasa eksekutif Persatuan Parlimen Pertubuhan Negara Islam yang memulakan sidangnya di Istanbul pada hari Isnin (10/5).

Erdogan berkata sebab utama penubuhan Pertubuhan Negara Islam ialah kebakaran yang berlaku di Masjid al-Aqsa pada tahun 1969 sambil menegaskan kedudukan tinggi yang dimiliki oleh al-Quds dalam hati setiap muslim di dunia.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Selasa, 11 Mei 2010

3 JANIN DALAM TUBUH BAYI BUKTI KEKUASAAN ALLAH SWT


Pasukan Perubatan Diraja Jordan telah berjaya mengeluarkan 3 janin lelaki dari perut bayi yang baru berusia empat hari melalui proses pembedahan.
Pihak Konsultan Pembedahan bayi dan Pembedahan Urologi serta Bahagian Pemindahan Jordan, Najih Umari yang bertanggungjawab melakukan pembedahan dengan pasukan medic Pembedahan kanak-kanak , menganggap bahawa pembedahan tersebut amat sukar.

Umari berkata: ” Salah satu janin telah sempurna pertumbuhannya dan yang kedua hampir sempurna dan yang ketiga dalam tahap perkembangan dan pertumbuhan dan ketiga janin tersebut bercantum dalam arteri dan vena di dalam rahim ibu.”

Dia juga berkata: “Bayi tersebut saling membantu diantara satu sama lain dalam perut ibunya selama proses kehamilan sehingga hari keempat kelahirannya, iaitu tarikh pembedahan dilakukan dimana kedua orang tuanya dipenuhi rasa ragu-ragu dan cemas.”

Pemantauan keadaan janin sehingga hari kelahiran:

Maklumat doktor mengatakan bahawa kumpulam medic telah memantau perkembangannya sehingga hari kelahiran, menunjukkan bahwa pemeriksaan berkala menetapkan bahawa janin dalam perut bayi tersebut adalah tiga lelaki.

Penasihat Bedah Anak dan Bedah Urologi dan Transplantasi menegaskan mengatakan bahawa keadaan ibu hamil tersebut normal dan tidak menggunakan ubat yang tidak dibenarkan selama tempoh kehamilan.

REJIM ZIONIS: ABBAS HANYA BERGANTUNG KEPADA KAMI


Selasa, 11/05/2010 – Menteri Infrastruktur Zionis Uzi Landau mengatakan bahawa pemimpin Fatah di Ramallah tidak mampu menjalankan tugas mendokong proses perdamaian. HAMAS banyak menghalang proses damai yang dianjurkan oleh Fatah kerana natijah perdamaian itu amat bertentangan dengan kemahuan rakyat Palestin.

Uzi menyebut lagi bahawa Abbas hanya bergantung harap kepada kerajaan Zionis Israel. Kalau tidak di sebabkan Zionis Israel, Abbas dan Fatah sudah lama jatuh. Uzi menambah lagi tekanan Amerika terhadap Israel berkaitan pemberhentian projek penempatan baru Zionis banyak memberi harapan kepada Abbas dan Fatah dalam usaha mendapatkan konsesi.

sumber : COMES

Khamis, 6 Mei 2010

150 JUTA DOLAR SUMBANGAN AMERIKA KEPADA KERAJAAN FATAH


Khamis, 06/05/2010 – Melihat kepada hampirnya usaha rundingan damai yang dibuat secara tidak langsung di kawasan Tebing Barat antara kerajaan Fatah dan kerajaan penjajah Zionis, Amerika Syarikat telah bertindak mengemukakan bantuan kewangan secara langsung bagi mengimbangi kewangan pemerintahan tahun 2010, dengan jumlah bantuan sebanyak 150 juta Dolar Amerika, dan jumlah ini telah berjaya disalurkan oleh pihak Washington kepada kerajaan Fatah.

Dengan jumlah bantuan ini, Amerika Syarikat telah menyalurkan lebih 650 Juta Dolar Amerika, sebagai bantuan sokongan yang dibuat secara langsung bagi mengimbangi pemerintahan kerajaan Palestin (Fatah) dalam tempoh tiga tahun yang terakhir ini.

Menurut Biro Maklumat dari Konsulat Amerika Syarikat, “Atas permintaan kerajaan Palestin, Amerika Syarikat telah meluluskan juga 75 juta dolar pada bulan Disember 2009, dengan menunjukkan bahawa bantuan ini akan dapat “menyokong” usaha “Presiden” Mahmud Abbas dan “Perdana Menteri” Salam Fayad, sepertimana yang ia telah ungkapkan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

HAMAS: HUKUMAN TERHADAP SYRIA MENGANCAM KESTABILAN SERANTAU


Khamis, 06/05/2010 – HAMAS mengutuk pentadbiran Amerika yang berterusan mahu mengenakan hukuman ke atas Syria atas alasan politik yang dangkal. Ia menegaskan Syria berhak sebagaimana bangsa lain di rantau yang sama untuk bertindak apa sahaja bagi mengembalikan semula tanah airnya yang dijajah dan demi mempertahankan dirinya.

HAMAS berkata dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Biro Penerangannya dan diterima oleh Pusat Media Palestin: “Adalah lebih baik Presiden Barrack Obama mengenakan hukuman terhadap penjajah Zionis yang masih menjajah tanah air bangsa Arab, menceroboh hak asasi manusia dan melakukan pelbagai jenayah terhadap rakyat Palestin dan rakyat negara lain di rantau tersebut menggunakan pelbagai senjata yang diharamkan pada peringkat antarabangsa.

HAMAS menganggap hukuman dan tekanan Amerika itu sebagai satu polisi silap yang akan mengancam kestabilan rantau ini dan juga akan mengancam kepentingan Amerika sendiri. Sebagaimana ia adalah polisi yang bercanggah dengan dakwaan Obama yang mahu memperbaiki imej Amerika pada pandangan rakyat di negara rantau tersebut dengan mementingkan persefahaman, dialog dan saling menghormati di antara satu sama lain.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

KEMPEN PALESTIN BAGI KUMPUL SOKONGAN ANTARABANGSA


Jumaat, 07/05/2010 – Majid al-Zeir, Pengarah Pusat Kepulangan Palestin dan Pengerusi Persidangan Palestin di Eropah mengumumkan beberapa aktiviti sokongan terhadap isu Palestin dan hak rakyat Palestin untuk pulang ke kampung halaman sedang giat dijalankan di seluruh dunia dan di Eropah, termasuk menjadikan bulan Mei ini sebagai bulan untuk menampilkan simbol Palestin.

Beliau berkata dalam satu pertemuan terbuka dengan para wartawan al-Jazeera.net, bahawa program ini akan diadakan secara tahunan. Beliau juga menjelaskan ia lahir daripada seruan nasional Palestin oleh lapan buah pertubuhan Palestin yang meliputi dari sudut geografi pelbagai negara, termasuk Persekutuan Hak Pulang ke Tanah Air di Amerika, Pusat Kembali ke Tanah Air di Eropah, tiga pertubuhan sivil untuk kembali ke tanah air di Syria, dua pertubuhan masyarakat sivil untuk kembali ke tanah air di Lubnan dan Jawatankuasa Tertinggi Hak Kembali ke Tanah Air di Jordan.

Beliau juga menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan menunjukkan hubungan rapat mereka dengan tanah air mereka, Palestin dan bagi menunjukkan mereka sekali-kali tidak pernah melupakannya dengan memperlihatkan simbol-simbol Palestin menerusi pemakaian kain serban Palestin, dan memasang bendera Palestin pada rumah dan kereta. Beliau juga menganggap aktiviti ini sebagai suatu promosi dan kempen yang tidak menyenangkan pihak Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

UK ENGGAN MEMBENARKAN WAKIL MOSSAD MASUK


Jumaat, 07/05/2010 – Selepas lebih sebulan setengah pembuangan wakil Mossad daripada ibu negara British kerana peranannya dalam pembunuhan pemimpin Hamas, Mahmoud Al Mabhouh, United Kingdom enggan membenarkan pengganti wakil baru Mossad ke wilayahnya.

Menurut Yediot Aharonot, akhbar Hebrew utama, Inggeris mengatakan keengganannnya terhadap persetujuan lalu antara dua negara untuk membenarkan wakil mosad yang baru untuk masuk ke wiyahnya setelah membuang wakil terdahulu.

Pihak inggeris mahukan perjanjian bertulis daripada pihak Israel untuk tidak menggunakan passport Inggeris dalam operasi perisikan pada masa akan datang. JIka Israel menerima syarat itu, barulah wakil mosad dibenarkan masuk. Namun Israel masih tidak mahu menandatanagani kerana ia akan mengesahkan Israel terlibat dan bertanggungjawap soal pembunuhan Komander Hamas Al-Mabhouh.

sumber : The Palestine Telegraph

Rabu, 5 Mei 2010

AMERIKA SYARIKAT MEMILIKI 5,113 SENJATA NUKLEAR

WASHINGTON 4 Mei - Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali mendedahkan bahawa ia memiliki sejumlah 5,113 peledak peluru nuklear, dalam pengumuman luar biasa yang dibuat bertujuan membantu usaha mengawal senjata nuklear.

Angka yang sekian lama dirahsiakan itu diumumkan oleh Pentagon semalam, sementara Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton menyuarakan pendirian baru Washington berhubung program nuklearnya.

"Kami mahu mengambil pendirian seberapa telus yang boleh mengenai program nuklear AS kerana ini adalah untuk kepentingan keselamatan negara kami sendiri," kata Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton pada persidangan di New York mengenai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).

Katanya, ketelusan membantu memupuk keyakinan dan membolehkan lebih ramai orang memahami apa yang hendak dilaksanakan oleh Presiden Barack Obama dan pentadbiran beliau.

Langkah simbolik itu bertujuan untuk meningkatkan momentum dalam persidangan NPT di New York dan diambil selepas AS dan Rusia bersetuju untuk mengurangkan simpanan senjata nuklear masing-masing.

Pakar bebas sebelum ini sudah pun menganggarkan stok senjata nuklear AS sejak beberapa tahun lalu, manakala penyokong kawalan senjata berkata, merahsiakan angka berkenaan tidak lagi masuk akal memandangkan Perang Dingin sudah lama berakhir.

AS semalam turut mengumumkan kempen untuk memungut AS$100 juta (RM320 juta) dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membantu negara-negara membangun memperoleh tenaga nuklear bagi kegunaan awam.

"AS menjanjikan AS$50 juta (RM160 juta) untuk kempen itu dan akan bekerjasama dengan negara lain bagi mencapai sasaran AS$100 juta (RM320 juta) menjelang pembukaan Persidangan Kajian Semula NPT akan datang," menurut Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan.

Dana tersebut diperuntukkan bagi projek-projek tajaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bagi memenuhi permintaan tenaga dan digunakan untuk tujuan kemanusiaan seperti meningkatkan rawatan kanser dan memerangi penyakit berjangkit.

"Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keselamatan makanan dan bekalan air, dan untuk membangunkan infrastruktur bagi penggunaan kuasa nuklear untuk tujuan awam," katanya. - AFP

Sumber: Utusan Melayu

Selasa, 4 Mei 2010

REJIM ZIONIS SEKAT SERAMIK UNTUK PROSES BAIK PULIH MASJID AL-AQSA


Selasa, 04/05/2010 – Sheikh Azzam Khatib, Pengarah Pejabat Wakaf di Jerusalem, menegaskan bantahn mereka ke atas tindakan Israel menghalang kemasukan bahan-bahan yang diperlukan untuk pemulihan Masjid Al-Aqsa dan gangguan di seluruh urusan dengan mendakwa kedaulatan sepenuhnya ke atas Masjid Aqsa.

Khatib membuat kenyataan atas dasar Israel yang terus dalam menyekat kemasukan 168 buah kotak yang mengandungi seramik berwarna yang diperuntukkan untuk pembaikan Masjid Al-Aqsa, yang disumbangkan oleh kerajaan Turki, dan menambah bahawa seramik baru ini adalah yang sama yang digunakan untuk mencipta kubah sekitar 120 tahun yang lalu, dan berasal dari daerah “Kütahya” yang terkenal dengan mutu kualiti tinggi, diketahui bahawa harga satu bahagian darinya adalah 80 Euro, kerana ianya dihasilkan secara manual.

Dia menambah, pemulihan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemulihan Masjid Al-Aqsa dengan kerjasama jurutera Turki dan dijangka akan mengambil masa dua bulan.

sumber : The Palestine Telegraph

BRIGED AL-AQSA DEDAHKAN PENGKHIANATAN


Selasa, 04/05/2010 – Briged Syuhada Al-Aqsa mengkritik dan memdedahkan kerja-kerja jahat yang dilakukan oleh Muhammad Dahlan. Dahlan juga merupakan pemimpin Fatah dan boneka kepada Amerika Syarikat. Banyak bukti yang menunjukkan kerja-kerja jahat Dahlan, antaranya :

- Mengupah pembunuh upahan untuk membunuh pimpinan Fatah, Muhammad Abu Sya’ban dan As’ad Shaftawi

- Terlibat dalam kerja memecahbelahkan kumpulan di Gaza dan menyalurkan maklumat-maklumat HAMAS ke Amerika Syarikat

- mendapat bantuan kewangan jutaan dollar bagi mematikan HAMAS di Gaza

Dalam kenyataan itu juga, Briged Al-Aqsa menegaskan Dahaln tidak mewakili sesiapa kecuali dirinya sendiri.

sumber : COMES

Isnin, 3 Mei 2010

AL-RASHQ KUTUK HUKUMAN TERHADAP PIHAK YANG MEMBANTU PERJUANGAN DI GAZA


Isnin, 03/05/2010 – Seorang pimpinan HAMAS, menegaskan bahawa hukuman yang dikenakan oleh badan kehakiman Mesir terhadap beberapa anggota unit Hizbullah yang berpengkalan di Lubnan bermotifkan politik. Beliau juga menegaskan bahawa sokongan terhadap pihak pejuang adalah satu tindakan yang sepatutnya dipuji bukan dianggap sebagai jenayah.

Ezzat al-Rashq, seorang anggota biro politik HAMAS menegaskan dalam satu kenyataan kepada Agensi ‘al-Quds Press’ bahawa hukuman yang dikenakan terhadap anggota Hizbullah itu bukannya berasaskan kepada keadilan yang telus. Kes ini tidak seharusnya dilihat dari sudut kehakiman semata-mata, kerana ia turut mempunyai dimensi politik. Beliau percaya bahawa bantuan yang berikan bagi membantu pihak pejuang Palestin adalah tindakan yang sepatutnya dihargai, bukannya dianggap sebagai jenayah.

Kes ‘unit Hizbullah’ di Mesir menjadi tumpuan setelah sebuah mahkamah pada 28 April (Rabu) menjatuhkan hukuman penjara antara enam bulan dan 25 tahun terhadap 26 tertuduh dari kalangan anggota satu kumpulan yang dikatakan oleh pihak berkuasa Mesir sebagai pengikut Hizbullah di Lubnan dan berusaha untuk melakukan tindakan keganasan bagi menggugat kestabilan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

ISMAIL HANIYEH KENALPASTI TITIK PERHUBUNGAN DENGAN DELEGASI DARI FATAH ATAS LAWATAN MEREKA KE GAZA


Isnin, 03/05/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh telah mengenalpasti titik perhubungan antara gerakan Hamas dan Fatah dengan lawatan yang dilakukan JawatanKuasa Pusat bagi pimpinan Fatah ke Gaza untuk berbincang dengan pimpinan Hamas bagi mencari jalan perdamaian dan usaha dialog antara kedua-dua gerakan, dan beliau menyambut baik setiap lawatan yang dilakukan untuk tujuan ini.

Haniyeh berkata demikian dalam satu majlis yang diadakan oleh kerajaan bagi meraikan badan-badan media di Bandar Gaza pada Khamis petang (29-4), dan beliau menambah lagi dengan katanya “hubungan antara kedua-dua gerakan tersebut akan berterusan untuk mencapai jalan perdamaian di peringkat nasional dan menamatkan bentuk-bentuk perpecahan.

Ismael Haniyeh menambah lagi : “kami tidak meminta supaya ditambah atau dihapuskan di dalam catatan kerajaan Mesir, tapi kami menuntut supaya dilaksanakan apa yang telah disepakati,” merujuk pada kuasa veto AS, yang merupakan penyebab gagalnya usaha perdamaian, di samping mendesak supaya kerajaan Mesir , harus berlapang dada dan mampu menerima segala butiran yang telah disepakati. (kerajaan Mesir sebagai orang tengah dalam usaha mencari kata sepakat antara Hamas dan Fatah)

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/