Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 3 Mei 2010

AL-RASHQ KUTUK HUKUMAN TERHADAP PIHAK YANG MEMBANTU PERJUANGAN DI GAZA


Isnin, 03/05/2010 – Seorang pimpinan HAMAS, menegaskan bahawa hukuman yang dikenakan oleh badan kehakiman Mesir terhadap beberapa anggota unit Hizbullah yang berpengkalan di Lubnan bermotifkan politik. Beliau juga menegaskan bahawa sokongan terhadap pihak pejuang adalah satu tindakan yang sepatutnya dipuji bukan dianggap sebagai jenayah.

Ezzat al-Rashq, seorang anggota biro politik HAMAS menegaskan dalam satu kenyataan kepada Agensi ‘al-Quds Press’ bahawa hukuman yang dikenakan terhadap anggota Hizbullah itu bukannya berasaskan kepada keadilan yang telus. Kes ini tidak seharusnya dilihat dari sudut kehakiman semata-mata, kerana ia turut mempunyai dimensi politik. Beliau percaya bahawa bantuan yang berikan bagi membantu pihak pejuang Palestin adalah tindakan yang sepatutnya dihargai, bukannya dianggap sebagai jenayah.

Kes ‘unit Hizbullah’ di Mesir menjadi tumpuan setelah sebuah mahkamah pada 28 April (Rabu) menjatuhkan hukuman penjara antara enam bulan dan 25 tahun terhadap 26 tertuduh dari kalangan anggota satu kumpulan yang dikatakan oleh pihak berkuasa Mesir sebagai pengikut Hizbullah di Lubnan dan berusaha untuk melakukan tindakan keganasan bagi menggugat kestabilan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan