Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 6 Mei 2010

HAMAS: HUKUMAN TERHADAP SYRIA MENGANCAM KESTABILAN SERANTAU


Khamis, 06/05/2010 – HAMAS mengutuk pentadbiran Amerika yang berterusan mahu mengenakan hukuman ke atas Syria atas alasan politik yang dangkal. Ia menegaskan Syria berhak sebagaimana bangsa lain di rantau yang sama untuk bertindak apa sahaja bagi mengembalikan semula tanah airnya yang dijajah dan demi mempertahankan dirinya.

HAMAS berkata dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Biro Penerangannya dan diterima oleh Pusat Media Palestin: “Adalah lebih baik Presiden Barrack Obama mengenakan hukuman terhadap penjajah Zionis yang masih menjajah tanah air bangsa Arab, menceroboh hak asasi manusia dan melakukan pelbagai jenayah terhadap rakyat Palestin dan rakyat negara lain di rantau tersebut menggunakan pelbagai senjata yang diharamkan pada peringkat antarabangsa.

HAMAS menganggap hukuman dan tekanan Amerika itu sebagai satu polisi silap yang akan mengancam kestabilan rantau ini dan juga akan mengancam kepentingan Amerika sendiri. Sebagaimana ia adalah polisi yang bercanggah dengan dakwaan Obama yang mahu memperbaiki imej Amerika pada pandangan rakyat di negara rantau tersebut dengan mementingkan persefahaman, dialog dan saling menghormati di antara satu sama lain.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan