Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 14 Jun 2010

HAMAS KUTUK KENYATAAN MAHMOUD ABBAS DI WASHINGTON


Sabtu, 12/06/2010 – HAMAS mengutuk keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Mahmoud Abbas yang sudah tamat tempoh pemerintahannya di Washington yang mengatakan: “Bahawa kami tidak akan menafikan hak bangsa Yahudi terhadap bumi Palestin yang dijajah.” HAMAS menganggap kenyataan tersebut sebagai kompromi politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan keserasian merbahaya dengan pandangan Zionis sendiri terhadap bumi Palestin yang bersejarah itu yang melihat keperluan untuk menjadikan Palestin dan tanah suci lain sebagai bumi Yahudi. Ini akan memberikan kekuatan kepada polisi menghalau yang dijalankan oleh Zionis terhadap rakyat Palestin.

HAMAS dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis (10/6) dan diterima oleh Pusat Media Palestin menegaskan: “Kami menganggap kenyataan tersebut sebagai payung yang menaungi Zionis dan menggalakkan lagi mereka melakukan lebih banyak jenayah dan kezaliman terhadap rakyat kita, iaitu dengan giat lagi melakukan proses menyahudikan al-Quds, membina penempatan baru, mengetatkan kepungan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

HAMAS juga menegaskan polisi gopoh dan memberikan apa sahaja benda bernilai kepada Zionis secara percuma tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat dan tidak akan menjayakan perdamaian, bahkan akan mendorong Zionis lebih keras dan zalim.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan