Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 25 Jun 2010

KAPAL BANTUAN IRAN AKAN BERANGKAT AHAD INI


Khamis, 24/06/2010 – Persatuan Bulan Sabit Merah Iran bertekad mengirim sebuah kapal yang membawa 1100 ton barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Kapal yang akan bergerak Ahad ini (27/06) diberi nama “Kapal untuk Anak-anak Gaza”.

Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Abdul Rauf Habib Zada, menyatakan, Selasa (22/6), persatuannya akan mengirim sebuah kapal yang membawa 1100 ton bantuan kemanusiaan ke Gaza Ahad depan, terutama ubat-ubatan, makanan dan pakaian kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa kapal ini akan meninggalkan pelabuhan Bandar Abbas di Teluk, Ahad depan menuju laut tengah.

Beliau menambah, “Kapal ini hanya akan disertai 10 orang sahaja iaitu seramai 5 orang wartawan dan 5 sukarelawan kemanusiaan. Kapal ini memerlukan masa 14 hari untuk tiba di pantai Gaza.”

sumber : COMES

Tiada ulasan:

Catat Ulasan