Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 29 Jun 2010

PERKEMBANGAN TERBARU PERTUKARAN TAWANAN


Selasa, 29/06/2010 -Beberapa sumber media berbahasa Ibrani mendedahkan beberapa perincian baru tentang proses rundingan bagi pertukaran yang dijangkakan akan berlaku antara ratusan tahanan Palestin dengan tentera Zionis yang ditawan oleh HAMAS di Genting Gaza, meskipun secara rasminya pihak Zionis mengumumkan ia akan mengenakan syarat yang ketat setelah Gel’ad Shalit memasuki tahun kelima berada dalam tahanan.

Sumber-sumber itu memetik daripada ‘sumber kerajaan’ bahawa persetujuan pertukaran itu akan merangkumi beberapa pejuang Palestin yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan kira-kira seratus orang Yahudi. Sumber itu juga mengisyaratkan bahawa rejim Zionis bersedia untuk membebaskan mereka dengan syarat mereka terus pergi ke Genting Gaza atau ke luar negara, tetapi bukan ke Tebing Barat.

Tetapi pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu enggan memberikan sebarang komen tentang perkara ini. Akhbar Yediot Aharonot menyebutkan bahawa persetujuan itu tidak merangkumi tawanan yang bertanggungjawab dalam operasi berani mati, begitu juga tidak merangkumi Marwan al-Barghuthi, setiausaha gerakan Fatah di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan