Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 1 Julai 2010

Presiden Parti al-Wafd Mesir: Memecahkan kepungan sudah menjadi kemestian


Jumaat, 02/07/2010 -Dr al-Sayyid al-Badawi, Presiden Parti al-Wafd Mesir menegaskan bahawa memecahkan kepungan dan sekatan yang dikenakan terhadap rakyat Palestin di Genting Gaza sudah menjadi suatu kemestian, terutamanya ketika semua pihak pada peringkat rantau dan antarabangsa menuntut pemecahan tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa membantu bangsa yang dikepung adalah suatu yang tidak dapat tidak mesti dilakukan, sama ada pada peringkat negara Arab atau Islam.

Beliau berkata dalam satu kenyataan khas kepada Pusat Media Palestin sebelum meninggalkan sebuah konvoi bantuan yang menuju ke Gaza semalam (Rabu): “Kita sentiasa merindui untuk menziarahi Gaza yang tegar dan berjumpa dengan para penduduknya serta membantu mereka. Kita berharap terdapat perancangan yang boleh kita sertai bagi menyempurnakan pembukaan pintu sempadan Rafah secara kekal dan pembukaan pasaran bersama antara Gaza dan Mesir.”

Beliau juga mengumumkan bahawa konvoi tersebut bukanlah yang pertama. Ia juga akan diikuti oleh konvoi-konvoi lain dan menganggap bahawa memecahkan sekatan adalah suatu kefardhuan yang kita tidak akan mencuaikannya, kerana di sana terdapat 1.5 juta nyawa sedang terancam. Sekatan ini mendukacitakan hati kami, terutamanya isu Palestin dianggap sebagai isu Mesir juga, kerana ia turut menjadi perhatian rakyat Mesir keseluruhannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan