Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 30 Ogos 2010

KONVOI PELAYARAN BESAR-BESARAN KE GAZA...


KONVOI PELAYARAN BESAR-BESARAN KE GAZA DIRANCANG PADA NOVEMBER 2010 UNTUK MEMBERI TEKANAN DAN MENGHAPUSKAN SEKATAN KE ATAS GAZA DAN KESELURUHAN BUMI PALESTIN

Lebih banyak badan NGO bersama-sama menyertai LL4G memprotes kekejaman Zionis Israel ke atas Palestin

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Gabungan badan NGO di bawah Talian Hayat untuk Gaza (LL4G) mengumumkan rancangan melancarkan kempen pelayaran kemanusiaan ke Gaza yang dijangkakan pada bulan November tahun ini dengan cita-cita yang berkobar-kobar bagi menamatkan embargo ekonomi yang dikenakan ke atas penduduk di Gaza dan Palestin.

Pelancaran konvoi pelayaran Gaza ini dilancarkan bersempena dengan semangat kemerdekaan rakyat Malaysia yang bebas dan hidup aman dan damai berbanding dengan rakyat Palestin yang hidup terpenjara di bawah cengkaman zionis Israel sejak sekian lama. Kesan daripada penglibatan rakyat Malaysia semasa konvoi flotilla lalu yang digerakkan oleh badan NGO Malaysia, ianya telah menarik minat para relawan dari negara kita dan juga negara-negara ASEAN lain seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura, Kemboja dan Vietnam untuk turut serta dalam konvoi pelayaran kali ini.

Konvoi kedua pelayaran Gaza kali ini akan melibatkan pelbagai badan NGO antarabangsa yang mensasarkan lebih 200 kapal yang akan belayar bersama-sama menghantar bantuan dan seterusnya menamatkan embargo ekonomi ke atas Palestin.

Di negara kita, gabungan NGO LL4G sekarang ini telahpun bertambah menjadi 16 anggota. Setiap badan NGO yang bernaung di bawah LL4G masing-masing di seluruh negara mengambil inisiatif menganjurkan pelbagai aktiviti dan kempen seperti golf amal, majlis makan malam, mini maraton, ceramah-ceramah, pameran dan kempen kutipan melalui SMS.

Sasaran kutipan dana pada kempen kali ini ialah RM7 juta bagi meneruskan usaha membantu rakyat Palestin yang telah dijajah.

Kutipan yang ada ini akan digunakan untuk pembelian kapal kargo yang akan diubahsuai bagi membawa penumpang, bahan perubatan, barangan pendidikan, barangan keperluan asas penduduk, barangan binaan perlaksanaan mini projek seperti telaga air dan bilik bedah di hospital bagi membangun semula Palestin.

Gabungan badan NGO LL4G amat mengalu-alukan sebarang usaha yang berkaitan sokongan terhadap isu Palestin ingin mengajak lebih ramai lagi orang ramai dalam kalangan masyarakat tidak mengira agama, bangsa untuk menyatakan `tidak’ kepada kekejaman Israel ke atas Gaza dan rakyat Palestin.

Kesan peristiwa berdarah dari konvoi `Mengakhiri sekatan Gaza-LL4G’ pada akhir Mei, 2010 di atas Marvi Marvara, telah memberi kesedaran baru kepada seluruh masyarakat dunia termasuklah juga di Negara kita. Seramai 12 orang relawan Malaysia yang berada di atas kapal Marvi Marmara lalu tanpa jemu-jemu turun padang memberikan penerangan dan ceramah mengenai kezaliman dan kejahatan askar Zionis Israel di seluruh negara. Justeru itu, gabungan LL4G ingin menegaskan agar segala kejahatan dan jenayah zionis Israel ini perlu didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan antarabangsa.

Gabungan badan NGO LL4G juga berharap agar seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira status, agama dan latarbelakang menyokong usaha yang suci murni ini. Isu ini bukanlah isu orang Arab atau isu umat Islam. Perkara ini boleh berlaku di mana-mana negara. Isu sebenarnya ialah untuk menyatakan ketegasan kita untuk tidak mengiktiraf perhambaaan, aparted dan perlanunan oleh zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dan di Palestin. Kita tidak boleh berdiam diri dengan tindakan kejam ini. Marilah sama-sama kita bersatu dan berpadu menyuarakan kezaliman dan kekejaman yang dirasai oleh penduduk Palestin sejak enam dekad lalu.

Antara 16 badan NGO utama yang terlibat dengan gabungan projek Lifeline4 Gaza kali ini ialah:
1. HALUAN Malaysia
2. Haluan Palestin
3. Dewan Pemuda Masjid
4. Yayasan Amal Malaysia
5. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
6. Muslim Care Malaysia
7. ABIM
8. Viva Palestina Malaysia
9. Aqsa Syarif Sdn. Bhd.
10. JIM
11. PACE
12. Barakah, gabungan NGO Islam Pahang
13. FORUM, gabungan NGO Islam Pulau Pinang
14. CAKNA Palestin
15. AMAN Malaysia
16. Aman Palestin Berhad

Sumbangan

Kami amat mengalu-alukan sumbangan kewangan bagi konvoi kemanusiaan Gaza kedua melalui akaun utama di bawah:

Nama Akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”
No. Akaun : 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad

Kami juga mengalu-alukan sumbangan korporat dan zakat di mana sumbangan dapat dimasukkan ke dalam akaun yang tertera di atas.

Sumber: http://www.lifeline4gaza.org

Mossad Bunuh Pemimpin Al Qassam Dengan Cara Yang Paling Keji


Selasa , 31/08/2010 – Dengan cara yang hampir serupa dengan pembunuhan Al-Mabhuh, Mossad membunuh salah seorang pemimpin Al-Qassam di Gaza, dua hari yang lalu.

Hasil pemeriksaan terhadap jasad pemimpin Al-Qassam yang meninggal di Gaza, Jum’at (27/8), Sami Annan (39 tahun), pihak keluarga merasa hairan dengan keadaan tubuh Annan. Sebelumnya mereka mengira Annan terbunuh dengan senjata biasa. Namun ternyata dibadannya terdapat beberapa tanda penyeksaan. Di tangan kirinya terdapat tanda suntikan racun manakala di bawah perutnya terdapat bekas rencatan elektrik.

Wartawan Quds Press dalam laporannya menyebutkan, pihak keluarga menolak kehadiran para pengunjung sebelum jelas siapa yang bertanggungjawab atas kematian saudaranya. Perlu dijelaskan, bahawa Sami Annan meninggal secara tidak wajar. Disuntik dengan racun yang tidak ada di Gaza serta direncat dengan aliran elektrik bervoltan tinggi. Mereka menuding pihak perisikan Zionis berada disebalik jenayah tidak berperikemanusiaan ini. Tidak ada yang pihak berkepentingan dengan matinya para mujahid kecuali perisikan Zionis.

sumber : COMES

Ismail Haniyeh : Rakyat Palestin tidak akan benarkan perunding ketepikan hak-hak tanahair mereka


Selasa , 31/08/2010 – Ismail Haniyeh, Perdana Menteri dari pihak Hamas yang mentadbir Gaza menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak sesekali membenarkan para perunding (perjanjian damai) untuk mengabaikan hak-hak tanahair mereka.

Haniyeh mengeluarkan kenyataan itu dalam satu festival Ramadhan yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan kebajikan di Genting Gaza yang bertujuan memberi sokongan kepada keluarga-keluarga para tahanan politik Palestin,serta keluarga mereka yang cedera dan dibunuh oleh tentera rejim Zionis.

Pegawai Hamas mengkritik keputusan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang bersetuju untuk menyambung rundingan damai dengan kerajaan rejim Zionis pada bulan depan di Washington. “Tiada seorang perunding pun yang berhak menyerahkan Jerusalem dan hak-hak tanahair Palestin,” kata Haniyeh di hadapan 5 ribu orang yang menghadiri festival itu.

sumber : Palestine News Network

Jumaat, 27 Ogos 2010

Pasukan Militan Abbas enggan hentikan rundingan dengan pihak Rejim Zionis Laknatullah


Jumaat , 27/08/2010 – Militan Mahmoud Abbas pada hari Rabu yang lalu bertindak menghalang badan Palestin dan badan bebas dan membuat kenyataan, “Persidangan Perwakilan Kebangsaan ini bertujuan untuk mempertahankan pendirian mereka dan menolak terus rundingan (antara Abbas dan Zionis)“, Persidangan ini diadakan di Bandar Ramallah, dengan kerjasama Gaza dan ke udara melalui siaran televisyen.

Parti Pembebas Palestin, Parti Demokrasi, Parti Rakyat dan Badan Nasional, termasuk lebih 400 individu tidak terikat, di dalam persidangan yang turut diadakan di Gaza, bersepakat menyeru kepada memboikot rundingan dua hala dengan Rejim Zionis.

Abbas telah mengecam para peserta persidangan di Gaza dan menghalang persidangan daripada dijalankan di barat, manakala di Ramallah pula, pihak pengawal keselamatan sudah disediakan sejak awal untuk mengelakkan sebarang gangguan yang bertindak menghentikan persidangan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Bekalan bahan bakar ke penjana kuasa di Gaza sudah mula dibekal.


Jumaat , 27/08/2010 – Pihak Berkuasa Palestin mula membekalkan 600, 000 tan bahan bakar industri mulai Rabu lalu bagi satu-satunya penjana kuasa di Gaza. Jumlah tersebut cukup untuk menghasilkan tenaga selama lima hari. Pihak Berkuasa Palestin telah bersetuju untuk meneruskan bekalan bahan api selepas menghentikannya apabila Syarikat Elektrik Gaza gagal membayar bahan bakar terbabit.

Satu kontrak baru dicapai dimana Syarikat Gaza akan menyalurkan bayaran ke Ramallah setiap 15 bulan dan meningkatkan polisi kutipan bil di Semenanjung Gaza. Selama berbulan-bulan 1.5 juta penduduk Gaza menderita akibat gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku dan memakan masa yang lama.

sumber : Palestine News Network

Jumaat, 20 Ogos 2010

Cuaca panas ancam nyawa tahanan Palestin di penjara Zionis


Sabtu, 21/08/2010 – Tahanan Palestin di penjara-penjara Zionis Israel hari ini diancam dengan cuaca yang sangat panas. Mereka juga dinafikan hak untuk diziarahi oleh ahli keluarga. Suhu yang panas dan keadaan penjara yang tidak kondusif mengancam kehidupan tanahan Palestin. Pihak Zionis-Israel sengaja tidak menyediakan kipas dan penghawa dingin. Malah kipas yang rosak juga tidak diganti. Ruang penjara menjadi berkuap dan terpengap. Sistem pengudaraan juga tidak ada.

Tahanan juga di suruh untuk keluar mengambil angin di waktu tengahari. Keadaan lebih teruk yang mana penjara berada di kawasan padang pasir. Ada juga yang diletakkan di dalam rumah besi yang mana suhunya mencapai 40 darjah celcius. Selain itu, masalah kesihatan menjadi masalah utama bagi tahanan. Mereka mengalami dihidrasi yang begitu kritikal. Ada juga yang mengalami penyakit kulit yang mengelupas.

sumber : COMES

Misi ‘Ramadhan March for Freedom’ berjaya


Sabtu, 21/08/2010 – Beberapa cadangan segera akan dikemukakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mappim) kepada kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam usaha membantu Rakyat Palestin.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ianya antara lain bantuan dana dan kepakaran bagi pembinaan hospital, masjid dan jalan raya. Ianya adalah hasil kajian Mappim sepanjang misi ‘Ramadhan March for Freedom’ ke Semenanjung Gaza mulai 6 Ogos lalu dan berakhir semalam.

“Antara disepakati dengan kerajaan Gaza adalah cadangan pembinaan Hospital Pediatrik di Gaza, cadangan bandar berkembar dengan kota Khan Younis, pembinaan masjid berkembar Al-Umri dan pembinaan jalan utama di kota Khan Younis sepanjang tujuh kilometer yang bakal dinamakan jalan persaudaraan Malaysia-Palestin.

“Selain itu kita akan membantu pembinaan Taman Rehabiitasi Kanak-Kanak atas nama Malaysia, cadangan pembinaan Kolej Perubatan Universiti Islam Gaza dan cadangan pembinaan pejabat Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura),” jelas Mohd Azmi.

Semalam seramai 44 orang sukarelawan misi tersebut selamat tiba di tanahair tepat jam 7.15 Rabu malam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan disambut oleh sanak saudara, kenalan dan pegawai kerajaan negeri Selangor.

Misi tersebut berjaya melepasi sempadan Rafah, hasil bantuan dan kerjasama oleh pihak Kedutaan Malaysia di Mesir. Mereka membawa bantuan makanan, perubatan dan alat pendidikan daripada sumbangan rakyat Malaysia kepada kepada masyarakat di sana. Malah menurut Azmi, kerajaan Gaza menjadikan delegasi ini sebagai tetamu rasmi kerajaan.

“Kita turut dapat menghimpunkan maklumat berkenaan pembangunan masjid, status wanita, kanak-kanak dan rekod hak asasi manusia. Seterusnya kita mendapatkan data berkenaan hubung kait antara pentadbiran di Gaza dengan Tebing Barat, persoalan ekonomi dan kita berjaya meneliti keperluan infrastuktur dan jaringan antara NGO di antara Malaysia dengan Palestin,” katanya lagi.

Maklumat tersebut katanya kemudiannya dibengkelkan dalam ‘Seminar Pasca Ramadhan For Freedom’ yang diatur Mappim di sana. Mereka juga diberi peluang bertemu Perdana Menteri Gaza, Dr Ismail Haniyeh.

Dalam pertemuan itu mereka dimaklumkan dua wira yang terselamat dalam konvoi kapal Mavi Marvara yang lalu, Mustapha Mansor, Ahli Jawatankuasa Mappim dan wartawan Astro Awani, Aswad Ismail telah dianugerahkan watikah penghargaan tertinggi oleh Perdana Menteri Gaza.

sumber : Harakah Daily

Fatah : Penyerang Kedutaan Turki bekerja dengan Agen Perisikan Zionis


Sabtu, 21/08/2010 – Pada malam Selasa lepas, seorang lelaki rakyat Palestin menceroboh Kedutaan Turki dan cuba menjadikan beberapa orang sebagai tawanan serta memohon perintah perlindungan.

Nadim Injaz yang berasal dari sebuah bandar di Ramallah, Tebing Barat baru dibebaskan dari penjara baru-baru ini selepas dipenjarakan akibat menyerang Kedutaan Britain pada 4 tahun lepas menuntut perintah perlindungan.

Hari ini. Pergerakan Fatah yang diketuai oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Injaz pernah menjadi kakitangan PA. “Dia (Injaz) adalah seorang pengedar dadah yang tinggal di Tel Aviv di bawah perlindungan rasmi rejim Zionis.”

sumber : Palestine News Network

Pendatang haram Yahudi perluas kempen memanipulasi Wikipedia


Sabtu, 21/08/2010 – Sumber terbuka internet, ensiklopedia yang boleh diedit oleh penggunanya iaitu Wikipedia menjadi sasaran kerajaan haram Zionis dan NGO Yahudi sejak ianya mula diperkenalkan bagi memanipulasi isi kandungannya untuk tujuan melaksakan agenda Yahudi. Pada minggu ini, pendatang haram Yahudi melancarkan satu kursus untuk penduduk haram Israel yang berpihak sayap kanan dan berminat untuk membantu memanipulasi kandungan ensiklopedia tersebut.

Kursus terbabit yang diadakan di Jerusalem merupakan anjuran Majlis Yesha pendatang haram Yahudi dan kumpulan sayap kiri Yahudi, Israel Sheli. Kedua-dua kumpulan ini sentiasa penyokong utama pembinaan penempatan haram Yahudi yang dibina di atas tanah yang dirampas dengan kejamnya daripada penduduk Palestin di Tebing Barat.

Kira-kira 50 orang penyokong sayap kanan, termasuklah pengamal media yang tinggal di penempatan haram Yahudi menyertai kursus terbabit, yang mengajar bukan sahaja cara-cara untuk memanipulasi struktur dan gaya terbuka Wikipedia bagi mengetengahkan sejauh mungkin agenda politik Yahudi, malah turut juga mengajar cara-cara untuk profil mereka tidak dikesan bagi membolehkan mereka menyertai pihak pengelola laman terbabit.

sumber : http://www.imemc.org

Tentera Zionis wanita hina tawanan Palestin di Facebook


Seorang tentera wanita Zionis-Israel telah menyebarkan gambarnya yang menghina tawanan Palestin di dalam Facebook. Tahanan Palestin yang dalam keadaan tangan terikat dan mata tertutup, di hina oleh wanita Zionis itu dengan kata-kata kesat. Tentera wanita itu turut memperli seolah-olah tahanan itu tidak mempunyai Facebook dan tidak tahu apa yang berlaku.

Wanita Zionis haram itu turut berbangga dengan apa yang dilakukannya dan turut menyatakan bilamana bertugas sebagai anggota tentera, merupakan waktu yang seronok bagi wanita Zionis-israel itu.

sumber : COMES

Isnin, 16 Ogos 2010

Syaikh Yusuf Qardhawi bersama konvoi ke Gaza melalui laut


Pengerusi Persatuan Ulama Se-Dunia, Syaikh Dr. Yusuf Qardhawi telah menyatakan akan mengikuti konvoi keamanan ke Gaza melalui jalan laut. Selain itu tokoh ulama tafsir terkenal abad ini, Syaikh Muhammad Ali Ash Shawi dan Syaikh Ihsan Hendricks juga turut bersama menyertai konvoi kali ini. Bersama mereka sejumlah tokoh ulama besar dan agamawan yang turut serta.

Syaikh Ihsan menceritakan pengalaman ketika bersama konvoi “Miles of Smiles 2″, apa yang berlaku terhadap rakyat Gaza adalah persis kepada apa yang berlaku terhadapa rakyat Afrika Selatan ketika apartheid berlaku.

sumber : COMES

Mesir menjumpai 17 terowong pada Khamis lalu.


Pihak keselamatan Mesir telah menemui 17 buah terowong semasa kempen keselamatan besar-besaran pada Khamis lalu, menurut sumber tempatan. Sumber tempatan melaporkan terowong itu didapati kosong ketika pasukan keselamatan Mesir menemuinya. Sumber juga mengatakan 15 daripada 17 terowong itu digunakan untuk menyeludup bahan binaan seperti semen dan baja.

sumber : The Palestine Telegraph

220 Pelbagai Pertubuhan Switzerland Sokong Freedom Flotilla


Sebanyak 220 organisasi kemasyarakatan, parti dan pelbagai persatuan Switzerland menyatakan sokongan terhadap Freedom Flotilla. Mereka akan bergabung dengan salah sebuah kapal dari Switzerland yang dijadualkan akan berlayar menuju Gaza, sebelum akhir tahun ini.

Ketua Persatuan Hak untuk Semua, Anwar Garbi dalam pernyataan akhbarnya mengatakan bahawa sejumlah parti politik Swiss menyatakan sokongannya terhadap flotilla 2 yang akan disertai lebih kurang 450 aktivis negara tersebut. Garbi yang juga anggota Eropa Campaign untuk penghapusan sekatan Gaza mengatakan, organisasi Hak Asasi Manusia Switzerland mendukung penuh kapal Swiss yang akan berlayar ke Gaza. Mereka sudah berkoordinasi dengan pelbagai pihak di Eropah dalam rangka melancarkan gerak kerja.

sumber : COMES

Jumaat, 13 Ogos 2010

LIBYA MENYUMBANGKAN JUADAH BERBUKA PUASA UNTUK WARGA GAZA


Jumaat , 13/08/2010 – Yayasan Antarabangsa Kebajikan dan Pembangunan Gaddafi telah menandatangani perjanjian dengan agensi pelarian PBB: UNRWA. UNRWA merupakan sebuah institusi yang membantu keluarga-keluarga miskin di Gaza.

Perjanjian tersebut merangkumi penyediaan juadah dan masakan panas kepada 110,000 warga Gaza di Semenanjung Gaza yang sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Yayasan Gaddafi berjanji untuk meneruskan pemberian juadah berbuka puasa kepada UNRWA dan Gaza seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

sumber : The Palestine Telegraph

QATAR BERCADANG MEMBANTU GAZA DENGAN 13.7 DOLAR US


Jumaat , 13/08/2010 – Persatuan Bulan Sabit Merah Qatar mengumumkan strategi baru untuk menyokong Gaza dengan dana dianggarkan bernilai 13.5 juta dolar. Aisha Al-Mana’ee, Dekan Fakulti Syariah di Universiti Qatar dan ahli Parlimen, mengatakan bahawa projek yang diluluskan dari strategi baru untuk melatih dan memperlengkapi dapur di hospital di Gaza, membuat rangkaian air dan pembetungan di kawasan Tel al-Hawa dan Asheikh Radwan, dan pemulihan rumah dan persekitaran.

Rencana tersebut merangkumi pemulihan Hospital Al-Quds di Gaza dan pembinaan telaga air dan meningkatkan kualiti air minum di Deir al-Balah dan Khan Younis dan penyediaan peralatan dan peralatan perubatan untuk hospital dan Jabatan Kesihatan di Gaza dan memperbaiki kerosakan hospital dan pusat kesihatan kerajaan.

sumber : The Palestine Telegraph

Khamis, 12 Ogos 2010

Ashkenazi bertanggung jawab pembunuhan Marmara


Jumaat , 13/08/2010 – Ketua Staf Israel, Letjen Gabi Ashkenazi, mengatakan bahawa sebagai komander Tentera Darat dia akan bertanggung jawab ke atas pembunuhan armada pembebasan yang berlaku dua bulan yang lalu di perairan antarabangsa.

Dia menyatakan kesaksiannya pada hari Khamis di hadapan Suruhanjaya Turkel yang menyiasat peristiwa pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap armada pembebasan. Memetik katanya, “Keputusan untuk memilih saya dari pemimpin-pemimpin atau tentera-tentera lain untuk bersaksi adalah keputusan yang tepat. ” Dia menjelaskan bahawa ini akan memudahkannya untuk melakukan siasatan dalaman terhadap tentera sekali gus mengambil tindakan terhadap setiap kapal yang belayar ke Gaza.

Tegasnya lagi, tentera penjajah Israel adalah telus dan sentiasa di bawah pemerhatian manakala setiap langkah yang diambil akan diteliti terlebih dahulu. Beliau turut menekankan bahawa penjajah Israel akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan mana-mana kapal dari sampai Semenanjung Gaza. Pernyataannya itu dipaparkan kelmarin sejurus selepas kesaksian Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Ketenteraan Israel, Ehud Barak, di hadapan jawatankuasa.

sumber : The Palestine Telegraph

Jumaat, 6 Ogos 2010

TENTERA REJIM ZIONIS MUSNAHKAN TUJUH KUBUR DI JERUSALEM


Jumaat , 06/08/2010 – Jentera-jentera rejim Israel (IOF) di bandar Jerusalem telah memusnahkan 7 kubur di tanah perkuburan “Ma’man allah” pada pagi tadi.

Menurut beberapa orang saksi, jentera-jentera IOF tersebut mula memusnahkan kubur-kubur berkenaan dengan dilindungi oleh pihak polis dan mereka juga tidak mendapatkan lesen daripada Pergerakan Islam bagi membinanya semula. Pergerakan Islam telah memulakan pembinaan semula kubur-kubur di tanah perkuburan lama akibat hakisan berikutan perubahan cuaca dan suhu.

sumber : Palestine News Network