Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 30 Ogos 2010

Ismail Haniyeh : Rakyat Palestin tidak akan benarkan perunding ketepikan hak-hak tanahair mereka


Selasa , 31/08/2010 – Ismail Haniyeh, Perdana Menteri dari pihak Hamas yang mentadbir Gaza menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak sesekali membenarkan para perunding (perjanjian damai) untuk mengabaikan hak-hak tanahair mereka.

Haniyeh mengeluarkan kenyataan itu dalam satu festival Ramadhan yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan kebajikan di Genting Gaza yang bertujuan memberi sokongan kepada keluarga-keluarga para tahanan politik Palestin,serta keluarga mereka yang cedera dan dibunuh oleh tentera rejim Zionis.

Pegawai Hamas mengkritik keputusan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang bersetuju untuk menyambung rundingan damai dengan kerajaan rejim Zionis pada bulan depan di Washington. “Tiada seorang perunding pun yang berhak menyerahkan Jerusalem dan hak-hak tanahair Palestin,” kata Haniyeh di hadapan 5 ribu orang yang menghadiri festival itu.

sumber : Palestine News Network

Tiada ulasan:

Catat Ulasan