Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 28 September 2010

Pegawai Israel Halang Siasatan Jenayah Seks Budak


Rabu ,29/09/2010 – The Defense for Children International (DCI) menuduh penyiasatan Israel berdiam diri dalam aduan yang diajukan oleh anak Palestin di bawah umur yang diseksa secara fizikal dan keganasan seksual oleh penyiasat Israel.

Organisasi ini mengatakan budak kecil ini membuat aduan pada bulan Ogos bahawa ia dipukul dan dipaksa untuk mengaku oleh tentera Israel yang menangkapnya atas tuduhan membaling batu, dan ia kemudian diseksa secara fizikal dan keganasan seksual ketika sedang disiasat di pejabat polis Etzion di Tebing Barat selatan.

Dia menuduh penyiasat meletakkan klip buaya dari kabel elektrik pada alat kelamin dan lagi satu klip di gari dan mengugut untuk mebuat kejutan elektrik terhadap dia.

Setelah aduan diajukan tarikh 15 Ogos, seorang pegawai Israel menghubungi mangsa dan memerintahkan dia untuk tampil di pusat penyisatan Etzion tanpa peguam untuk membincangkan aduan, dan mengancam akan menghentikan penyiasatan jika ia meminta kehadiran peguammnya, lapor DCI.

Gerakan tersebut mengatakan langkah itu adalah usaha untuk menyekat penyiasatan, dan di bawah undang-undang Israel, setiap mangsa kejahatan dan kekejaman, yang meliputi kesalahan seks, berhak untuk mendapatkan peguam, kecuali yang akan membahayakan penyiasatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Hamas: Perbincangan PA dengan Israel merupakan jenayah terhadap rakyat Palestin


Rabu ,29/09/2010 – Gerakan Hamas mengutuk Pihak Berkuasa Palestin ekoran perbincangan damai yang mereka lakukan dengan Israel. Menurut Hamas, ia bukan sahaja jenayah terhadap rakyat Palestin malahan bertentangan dengan konsensus kebangsaan dan akan merugikan semua.

Dalam sessi bersama media, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum meminta Presiden Mahmoud Abbas agar segera menarik diri dari perundingan itu. Tambahnya lagi, Presiden Mahmoud Abbas sepatutnya menumpukan usahanya menamatkan pembahagian Palestin dan menguatkan lagi bahagian dalaman pentadbirannya dalam menghadapi tekanan Zio-Amerika.

Jurucakap Barhoum juga menuntut negara-negara Arab untuk turut bersuara dan menyokong rakyat Palestin dalam usaha menentang penjajahan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

500 warga Switzerland mendaftar untuk menyertai Kebebasan Flotilla 2


Rabu ,29/09/2010 - Lebih dari 500 aktivis dari Switzerland mendaftar untuk mengambil bahagian dalam konvoi kemanusiaan, Kebebasan Flotilla 2 yang diharapkan dapat berlayar sebelum akhir tahun 2010 untuk memberikan bantuan ke kawasan pengepungan Gaza, menurut Kempen Eropah untuk Tamatkan Pengepungan terhadap Gaza. Merekan menambah bahawa kempen tersebut telah menerima ribuan permohonan dari seluruh dunia.

Jurucakap kempen Eropah di Switzerland dan MP Switzerland, Zisyadis Josef menyatakan dalam sebuah sidang akhbar: “Persediaan untuk menyertai kapal Switzerland dalam Kebebasan Flotilla 2 telah selesai, kerana lebih dari 500 orang mendaftar untuk menyertainya dalam memecahkan pengepungan tidak adil yang dikenakan pada Semenanjung Gaza sejak dari 5 tahun yang lalu.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Jumaat, 24 September 2010

Pidato 45 Minit Ahmadinejad di PBB


KL 24 SEPT 10: Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada sidang majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-65 kelmarin Khamis, menyentuh mengenai organisasi terbesar yang menaungi berbagai bangsa dan negara di dunia itu.
Ahmadinejad menegaskan, peranan PBB dalam mewujudkan perdamaian, keamanan global, hak asasi manusia dan mengarahkan dunia menuju keadaan yang diperlukan masyarakat dunia. Katanya dalam pidato itu, PBB tidak mampu memenuhi tuntutan berbagai bangsa dunia. Majoriti bangsa dan negara di dunia mendesak perubahan dasar di tubuh PBB, dan diterapkan keadilan dalam politiknya.

Menurut Ahmadinejad, ketidakmampuan PBB akibat strukturnya tidak adil, memberi istimewa kepada segelintir negara superpower dalam bentuk hak veto yang tidak adil. Demikian dilaporkan oleh sumber Iran (IRIB)

Katanya juga di depan pemimpin dunia berbagai negara, "Tidak lama setelah peristiwa serangan terhadap menara kembar WTC terjadi, enjin propaganda Barat secara serempak menyebarkan sebuah pemikiran bahawa dunia berada dalam ancaman besar bernama terorisme, dan menyatakan satu-satunya jalan adalah membabitkan Afghanistan. Kemudian, Irak pun diduduki menyusul Afghanistan."

Dengan membandingkan jumlah korban peristiwa 11 September sebesar 3,000 orang, ratusan ribu terkorban, jutaan cedera, terlantar di Irak atau Afghanistan, Ahmadinejad mengatakan, penglibatan yang dilakukan Washington ke Afghanistan serta Irak dilakukan untuk mengubah kondisi ekonomi AS, menguasai Timur Tengah dan menyelamatkan regim Zionis.

Pidato 45 minit itu diliputi oleh berbagai media massa internasional dan disiarkan secara langsung oleh tv nasional Iran mulai pukul 23.00 waktu Tehran. Pidato berbahasa Farsi yang diawali dengan doa singkat berbahasa Arab itu menyentuh sejumlah isu penting global. Bencana banjir bandang di Pakistan, krisis global dan imperialisme akibat keserakahan segelintir negara superpower, terorisme, peristiwa 11 September 2001, Palestin, penistaan terhadap kitab suci al-Quran, reformasi PBB dan deklarasi nuklear Tehran.

Rejim Zionis akan bina lagi 2,500 unit petempatan haram di Tebing Barat


Jumaat ,24/09/2010 – Pada Khamis lepas, Radio Israel melaporkan bahawa reji Zionis bercadang untuk membina lagi 2,500 unit rumah di penempatan haram Modi’in Ilit yang terletak berdekatan Bandar Ramallah, tengah Tebing Barat.

Radio tersebut melaporkan sebaik sahaja tamat fasa pembekuan pembinaan penempatan haram berakhir pada hujung bulan ini, pembinaannya akan disambung semula penempatan haram Modi’in Ilit dan beberapa penempatan haram yang lain di kawasan jajahan rejim Zionis di Tebing Barat.

Radio itu juga melaporkan bahawa sebuah syarikat pembinaan Israel, Na’ot Hapisga akan memulakan pembinaan 2,400 unit rumah di Modi’in Ilit. Keputusan ini dibuat setelah kerajaan rejim Zionis pimpinan Benjamin Netanyahu mengumumkan bahawa mereka tidak berminat untuk melanjutkan tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram.

sumber : http://www.imemc.org

Netanyahu Laknatullah: Palestin wajib iktiraf Israel sebagai Negara Yahudi


Jumaat ,24/09/2010 – Perdana Menteri rejim Zionis menyatakan lagi gesaannya agar pihak Palestin mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi dan menegaskan bahawa pihaknya tidak sekali-kali akan menarik balik gesaan ini.

Kenyataannya itu diucapkan dalam satu mesyuarat ketua-ketua organisasi Yahudi di Amerika Syarikat. Netanyahu berkata bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tidak boleh mencari alternatif lain kepada gesaan ini dan mesti mengumumkan secara terang-terangan yang pihak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi kerana ianya adalah sebuah negara untuk bangsa Yahudi.

sumber : http://www.imemc.org

Rundingan Israel - Palestin terus hilang arah.


Jumaat ,24/09/2010 – Pusingan terkni rundingan antara Israel dan Palestin berlangsung di bawah bayang-bayang Israel yang secara terang-terangan mengenepikan undang-undang antarabangsa, dengan pengepungan berterusan dan pengeboman di Semenanjung Gaza, serta penjajahan berterusan Golan di Syria dan Tebing Barat, termasuk juga Baitulmuqaddis Timur.

Pihak Berkuasa Palestin, sebagai prasyarat untuk memasuki pembicaraan langsung dengan Israel berkeras dengan satu permintaan, menuntut Israel membekukan pembangunan di semua penempatan. Walaupun Israel mendakwa dan menyatakan ia dibekukan, namun banyak kesalahan telah direkodkan di mana kerajaan Israel terus meluluskan atau menutup mata terhadap pembinaan haram yang terus berlanjutan di Tebing Barat.

Akhabar Ha’aretz mendedahkan baru-baru ini bahawa penempatan terus menerima selangit “geran pengimbang” dari Kementerian Dalam Negeri Israel. Daripada NIS 2.5 bilion dari jumlah keseluruhan geran untuk tahun 2009, NIS 265 juta (lebih dari 10%) diberikan untuk penempatan Israel. Rata-rata setiap penduduk menerima NIS 115 setiap tahun dalam bentuk geran pengimbang, 22% lebih banyak daripada geran rata-rata untuk warga Israel yang lain.

sumber : Palestine News Network

Sabtu, 18 September 2010

18 September – memperingati peristiwa penyembelihan di Sabra dan Shatila


Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila dari 16 hingga 18 September 1982 tidak mungkin terpadam daripada sejarah kemanusiaan, walaupun media arus perdana seakan-akan tidak pernah tahu tentang hakikat peristiwa tragis itu.
Serangan dan pembunuhan di Sabra dan Shatila itu merupakan salah satu daripada rentetan sikap keji yang dilakukan oleh rejim pengganas Zionis Israel atas arahan secara langsung oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Ariel Sharon. Sharon menggunakan taktik jahat dan hina dengan mengambil kesempatan daripada krisis militia Palangist Kristian di Lubnan bagi menghancurkan rakyat Palestin yang terpaksa menumpang hidup di kem-kem pelarian berkenaan. Batalion Palangist ini menyerang, menyiksa dan membunuh secara kejam wanita, anak-anak dan warga tua sementara tentera Zionis yang mengawal perimiter kem-kem tersebut membiarkan sahaja keganasan itu berlaku dan menghalang pihak luar daripada memasuki kawasan.
Serangan brutal dan tragis selama 3 hari itu telah mengorbankan seramai 3,500 pelarian Palestin. Ramai lagi dilaporkan hilang dan terkubur di bawah runtuhan bangunan. Ratusan mangsa serangan yang masih hidup telah dibawa menaiki trak menuju ke tempat misteri, yang sehingga ke hari ini tidak diketahui nasib mereka.
Bukan sahaja tentera Zionis tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan dan pembunuhan, malahan mereka membantu puak militia Palangist dengan tembakan-tembakan cahaya ke udara supaya pembunuhan dapat diteruskan pada waktu malam.
Siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Kahan di bawah arahan pemerintah rejim Zionis pada bulan Februari 1983 memutuskan bahawa Sharon telah bersalah secara langsung kerana membenarkan puak Palangist masuk ke kem-kem tersebut dan seterusnya gagal menghalang pembunuhan ribuan orang awam. Tentera Sharon juga membekalkan senjata dan peralatan kepada Palangist dan menyediakan pengangkutan untuk membawa masuk militia.
Walaupun sikap keji Zionis ini mendapat kutukan dunia, termasuk negara-negara Barat sendiri, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga Majlis Keselamatan PBB terus menunjukkan sikap dingin terhadap desakan supaya menghukum mereka yang ternyata bersalah. PBB mengutuk tindakan zalim Zionis ini melalui Resolusi 521 (19 September 1982,) namun tidak pernah ada sebarang hukuman dikenakan terhadap Sharon, pemerintah mahupun tentera Zionis. Malahan ramai daripada keluarga mangsa-mangsa pembunuhan itu terpaksa membuat dakwaan secara sendirian ke atas Sharon.

Pada bulan Februari 2003, Mahkamah Tinggi Belgium memutuskan untuk membicara kes jenayah perang ke atas Sharon, tetapi Israel menuduh tindakan tersebut sebagai berbau politik. Pada bulan September 2003, memandangkan tidak seorangpun daripada mereka yang membuat dakwaan ke atas Sharon berbangsa Belgium, Mahkamah Tinggi Belgium terpaksa menggugurkan kes ini.

Mereka yang bersalah terus bebas dan merencana kezaliman demi kezaliman ke atas kemanusiaan, khususnya ke atas rakyat Palestin.

Sabtu, 11 September 2010

Konvoi darat berlepas 18 September 2010


Insya Allah Konvoi Misi Kemanusiaan mengikut jalan darat dari London menuju Gaza akan mula berlepas pada 18 September 2010 (Hari Raya ke 9). Konvoi puluhan kenderaan pelbagai jenis dan saiz akan membawa pelbagai bantuan kepeluan penduduk Palestin/Gaza yang telah sekian lama dizalimi, dicederakan, dibunuh, dinafikan hak dan dikepung oleh regim Zionis Yahudi zalim.

Penduduk Gaza sangat memerlukan makanan, perubatan, alatan pembelajaran dan bahan binaan bagi mereka meneruskan hidup seperti manusia biasa. Aqsa Syarif (AQSA) telah menyumbang 3 kenderaan dengan harga RM165,000.00 dan usaha sedang dibuat untuk membeli pelbagai keperluan bagi dibawa ke Gaza. Kenderaan akan dipandu oleh 6 – 9 sukarelawan AQSA yang akan berlepas pada lebih awal.

Orang ramai diseru untuk turut menyumbang bagi membantu misi yang mulia sesuai dengan moto AQSA “Memperkasa Ummah – Membebaskan AQSA”. Sila bank-in sumbangan anda untuk konvoi ini ke akaun CIMB AQSA SYARIF BERHAD: 1216 0000 452 10 1 dan e-mailkan slip bank kepada admin@aqsasyarif.com atau fakskan ke 03-8734 9636.

Aqsa Syarif menaja 3 buah kenderaan untuk Konvoi ke 5 GAZA


Assalamualaikum,

Syukur ke hadrat Ilahi. Pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. kita berjaya menaja 3 buah kenderaan atas nama Aqsa Syarif bagi menyertai konvoy ke Gaza anjuran VP (Viva Palestina). Aqsa Syarif akan bergerak di bawah nama VPM sebagai penyertaan induk (VPM adalah wakil VP UK yang menerajui land convoy ke Gaza). Ketiga-tiga kenderaan ini adalah sebahagian dari 6 kenderaan yang bergerak di bawah lambang Viva Palestina Malaysia (beserta dgn lambang Aqsa Syarif dan PACE) pada kenderaan yang ditaja oleh Aqsa Syarif.

Adalah dijadualkan convoy ini akan bergerak pada 18 September ini. Oleh itu saya selaku PIC Land convoy ke Gaza bagi pihak Aqsa Syarif ingin membuat rayuan ini.

1. Kos penajaan ketiga-tiga kenderaan ialah RM165,000. Kita telah mendahulukan jumlah ini dari tabung umum Palestin Aqsa Syarif. Besarlah hasrat Lembaga Pengarah Aqsa Syarif agar jumlah ini dapat ditampung pula oleh sumbangan dari kita semua supaya wang sebanyak RM165,000 itu dapat diganti dan digunakan untuk pelbagai tujuan lain yang mendesak.

2. Dengan itu bersempena dengan 7 lagi hari yang tersisa di bulan Ramadhan ini (apatah lagi 7 hari yang terakhir) kami merayu kepada saudara saudari untuk melakukan amal infaq yang sangat dituntut dari kita terutama di bulan Ramadhan ini.

3. Mohon mereka yang menyahut seruan ini dapat memaklumkan kepada saya secara e-mail (hafidzi.mohdnoor@gmail.com) dan bank in infaq anda semua ke akaun CIMB AQSA SYARIF BERHAD: 1216 0000 452 10 1 dan memaklumkan ke ibu pej dgn fax ke 03-87349636 dengan menyatakan sumbangan adalah utk ‘LAND CONVOY’

4. VP UK juga menghendaki 6 orang pemandu (2 orang bagi satu kenderaan). Kami sedang membuat senarai pendek volunteers yang akan menyertai konvoi ini. Buat masa ini Lembaga Pengarah akan memutuskan calon yang sesuai. Namun jika saudara-saudara berminat dan boleh menyertai misi ini sila maklumkan juga kepada saya melalui e-mail (hafidzi.mohdnoor@gmail.com). Namun keputusan muktamad nanti adalah tertakluk kepada pemilihan dan budi bicara Lembaga Aqsa Syarif.

jzkk

Dr Hafidzi Mohd Noor
PIC LAND CONVOY
Aqsa Syarif/VPM

Jumaat, 10 September 2010

Zionis bersiap menghadapi Flotila ke-2


Rejim Zionis kini bersiap-siaga untuk menghadapi apa yang mereka panggil sebagai “ibu kepada semua flotila” — iaitu flotila bantuan kemanusiaan ke-2 ke Gaza yang dijangka belayar sebelum akhir tahun ini.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia termasuk Amerika, Eropah dan juga Malaysia kini merancang sebuah lagi flotila kemanusiaan yang dijangka akan melibatkan lebih daripada 20 buah kapal.

Akhbar Jerusalem Post melaporkan bahawa Dror Feiler, seorang artis Sweeden kelahiran Israel yang kini menetap di Stockholm sebagai berkata, “kami berharap agar mendapat kerjasama daripada negara-negara Eropah, dan mungkin juga Amerika.” Beliau yang mewakili pertubuhan European Jews for a Just Peace adalah merupakan salah seorang yang terlibat dengan perancangan flotila kali ini. Beliau juga telah menyertai flotila pertama yang telah diserang oleh tentera Zionis ketika dalam pelayaran ke Gaza di perairan antarabangsa akhir bulan Mei lalu. “Kami ingin menggandakan bilangan kapal daripada flotila yang lepas, dengan sekurang-kurangnya dua belas buah kapal dan lebih daripada 1000 orang peserta,” Dror Feiler berkata Isnin lalu.

Tentera Zionis sedang mengikuti perkembangan ini secara mendalam dan merancang beberapa senario bagi menghadapinya, termasuklah kemungkinan menyekat pelayaran lebih jauh di perairan antarabangsa, memandangkan bilangan kapal yang begitu banyak. Mereka juga tidak menolak kemungkinan menggunakan kekerasan dan ketentaraan sebagaimana yang berlaku sebelum ini.

“Tentera Israel boleh menyekat 12 atau 50 buah kapal kalau mereka mahu,” sebut Feiler sebagaimana dilaporkan oleh Jerusalem Post. “Tetapi kita dapati begitu ramai aktivis ingin bersatu untuk meruntuhkan embargo ini, yang merupakan hukuman kejam Israel ke atas seluruh rakyat Gaza. Ini suatu yang tidak dapat diterima,” sambung Feiler.

Dalam serangan ke atas flotila pertama, seramai 9 orang aktivis telah dibunuh oleh tentera Israel manakala puluhan yang lain tercedera. Sebanyak 6 buah kapal terlibat dalam misi tersebut, termasuk kapal Mavi Marmara daripada Turki. Seramai lebih 600 orang aktivis kemanusiaan menyertai pelayaran itu, di mana mereka datang dari pelbagai latarbelakang, negara dan agama. Melalui flotila pertama itu, aktivis telah mendesak supaya semua sekatan dan embargo ke atas Gaza dihentikan dengan serta merta, termasuklah desakan supaya membenarkan kemasukan warga asing ke Gaza dan kebenaran untuk mengekspot barangan daripada Gaza ke negara luar.

Sumber: http://www.lifeline4gaza.org

Khamis, 9 September 2010

SALAM AIDILFITRI


SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH NEGARA. MAAF ZAHIR & BATIN...