Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 24 September 2010

Rundingan Israel - Palestin terus hilang arah.


Jumaat ,24/09/2010 – Pusingan terkni rundingan antara Israel dan Palestin berlangsung di bawah bayang-bayang Israel yang secara terang-terangan mengenepikan undang-undang antarabangsa, dengan pengepungan berterusan dan pengeboman di Semenanjung Gaza, serta penjajahan berterusan Golan di Syria dan Tebing Barat, termasuk juga Baitulmuqaddis Timur.

Pihak Berkuasa Palestin, sebagai prasyarat untuk memasuki pembicaraan langsung dengan Israel berkeras dengan satu permintaan, menuntut Israel membekukan pembangunan di semua penempatan. Walaupun Israel mendakwa dan menyatakan ia dibekukan, namun banyak kesalahan telah direkodkan di mana kerajaan Israel terus meluluskan atau menutup mata terhadap pembinaan haram yang terus berlanjutan di Tebing Barat.

Akhabar Ha’aretz mendedahkan baru-baru ini bahawa penempatan terus menerima selangit “geran pengimbang” dari Kementerian Dalam Negeri Israel. Daripada NIS 2.5 bilion dari jumlah keseluruhan geran untuk tahun 2009, NIS 265 juta (lebih dari 10%) diberikan untuk penempatan Israel. Rata-rata setiap penduduk menerima NIS 115 setiap tahun dalam bentuk geran pengimbang, 22% lebih banyak daripada geran rata-rata untuk warga Israel yang lain.

sumber : Palestine News Network

Tiada ulasan:

Catat Ulasan