Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 10 September 2010

Zionis bersiap menghadapi Flotila ke-2


Rejim Zionis kini bersiap-siaga untuk menghadapi apa yang mereka panggil sebagai “ibu kepada semua flotila” — iaitu flotila bantuan kemanusiaan ke-2 ke Gaza yang dijangka belayar sebelum akhir tahun ini.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia termasuk Amerika, Eropah dan juga Malaysia kini merancang sebuah lagi flotila kemanusiaan yang dijangka akan melibatkan lebih daripada 20 buah kapal.

Akhbar Jerusalem Post melaporkan bahawa Dror Feiler, seorang artis Sweeden kelahiran Israel yang kini menetap di Stockholm sebagai berkata, “kami berharap agar mendapat kerjasama daripada negara-negara Eropah, dan mungkin juga Amerika.” Beliau yang mewakili pertubuhan European Jews for a Just Peace adalah merupakan salah seorang yang terlibat dengan perancangan flotila kali ini. Beliau juga telah menyertai flotila pertama yang telah diserang oleh tentera Zionis ketika dalam pelayaran ke Gaza di perairan antarabangsa akhir bulan Mei lalu. “Kami ingin menggandakan bilangan kapal daripada flotila yang lepas, dengan sekurang-kurangnya dua belas buah kapal dan lebih daripada 1000 orang peserta,” Dror Feiler berkata Isnin lalu.

Tentera Zionis sedang mengikuti perkembangan ini secara mendalam dan merancang beberapa senario bagi menghadapinya, termasuklah kemungkinan menyekat pelayaran lebih jauh di perairan antarabangsa, memandangkan bilangan kapal yang begitu banyak. Mereka juga tidak menolak kemungkinan menggunakan kekerasan dan ketentaraan sebagaimana yang berlaku sebelum ini.

“Tentera Israel boleh menyekat 12 atau 50 buah kapal kalau mereka mahu,” sebut Feiler sebagaimana dilaporkan oleh Jerusalem Post. “Tetapi kita dapati begitu ramai aktivis ingin bersatu untuk meruntuhkan embargo ini, yang merupakan hukuman kejam Israel ke atas seluruh rakyat Gaza. Ini suatu yang tidak dapat diterima,” sambung Feiler.

Dalam serangan ke atas flotila pertama, seramai 9 orang aktivis telah dibunuh oleh tentera Israel manakala puluhan yang lain tercedera. Sebanyak 6 buah kapal terlibat dalam misi tersebut, termasuk kapal Mavi Marmara daripada Turki. Seramai lebih 600 orang aktivis kemanusiaan menyertai pelayaran itu, di mana mereka datang dari pelbagai latarbelakang, negara dan agama. Melalui flotila pertama itu, aktivis telah mendesak supaya semua sekatan dan embargo ke atas Gaza dihentikan dengan serta merta, termasuklah desakan supaya membenarkan kemasukan warga asing ke Gaza dan kebenaran untuk mengekspot barangan daripada Gaza ke negara luar.

Sumber: http://www.lifeline4gaza.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan