Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 24 Oktober 2010

40,000 Pelajar Palestin Tanpa Sekolah


25 Oktober 2010 - Hampir dua tahun selepas penjajahan ganas Israel ke atas Gaza yang menyebabkan kematian 1,400 dan lebih dari 30,000 buah keluarga kehilangan tempat tinggal, banyak sekolah yang musnah masih belum dibangunkan kembali. Sekarang, usaha PBB untuk membangunkan kembali sekolah-sekolah di Gaza telah dihalang oleh pihak tentera Israel, yang enggan memberikan izin kepada PBB untuk membangunkan beberapa buah unit sekolah.

Tentera Israel mendakwa yang sekolah-sekolah itu mungkin akan digunakan oleh Hamas untuk merancang serangan pengganas ke atas Israel. Dakwaan ini dilakukan, biarpun fakta yang beberapa siasatan PBB dan antarabangsa tidak pernah menemui bukti yang Hamas pernah menggunakan mana-mana sekolah dengan cara ini, serta fakta yang menyatakan bahawa pasukan bersenjata Hamas sudah tidak, dengan sengaja, menyerang warga awam Israel selama lebih dari 5 tahun.

Menurut jurucakap UNRWA, Adnan Abu Hasna, lebih dari 40,000 pelajar tidak dapat ke sekolah pada tahun ini disebabkan kekurangan kemudahan, dan keengganan Israel untuk mengizinkan pembangunan kemudahan yang diperlukan hanya memburukkan lagi masalah ini.

Sejak Jun 2007, ketika kerajaan Hamas dipilih memerintah bersesuaian dengan perlembagaan Palestin, kerajaan Israel mengiktiraf kerajan yang dipilih itu lantas mengenakan kepungan ke atas seluruh penduduk Jalur Gaza. PBB dan lain-lain badan-badan antarabangsa telah menamakan pengepunagn ini "hukuman hukuman secara keseluruhan", yang merupakan pencabulan langsung terhadap Sidang Geneva Keempat.

Bahan binaan, termasuk untuk sekolah dan hospital, adalah di antara banyak barangan yang telah dilarang memasuki Jalur Gaza. Ratusan ton bahan binaan yang disumbangkan oleh kelompok-kelompok bantuan antarabangsa dan kerajaan asing telah dirampas oleh pihak tentera Israel dan dijual untuk mendapatkan keuntungan di Israel.

Pihak tentera Israel berkata, lokasi yang dipilih untuk sekolah-sekolah baru terletak terlalu dekat dengan bangunan-bangunan kerajaan Palestin di kawasan Tel al-Hawa di Bandar Gaza. Oleh kerana Israel menganggap Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas, mana-mana bangunan kerajaan di Gaza (di mana Hamas adalah parti yang memerintah) dianggap oleh Israel sebagai lokasi 'keganasan', lantas ianya adalah sasaran yang sah bagi setiap serangan bom yang dilancarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan