Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 6 Oktober 2010

Abu Zuhri : Video Youtube mendedahkan sifat perkauman dan tidak bermoral tentera Israel


Khamis ,07/10/2010 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri mengulas perlakuan tentera Israel yang merakam diri mereka menari berdekatan seorang tahanan wanita Palestin sebagai tindakan perkauman dan tidak bermoral.

Sebuah video di Youtube menunjukkan sekumpulan tentera Israel menari diiringi muzik barat mengelilingi seorang wanita Palestin yang diikat tangan dan bertutup matanya. Wanita Palestin tersebut dikerah supaya menghadap ke dinding.

Abu Zuhri mengatakan pada hari Selasa, kerjasama keselamatan yang berterusan di antara pihak berkuasa Ramallah dan Israel telah menggalakkan tentera dan pendatang Israel untuk lebih biadab melakukan jenayah perkauman terhadap warga Palestin.

Ahli Kongres Perundangan Palestin (PLC), Samira Halaqiya mengutuk perlakuan tentera Israel tersebut, “Jika tentera Israel berani untuk menari dengan biadabnya berdekatan seorang tahanan yang diikat dan masyarakat Islam serta Arab hanya diam membisu menyaksikannya maka ia merupakan satu keaiban dalam sejarah umat manusia.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan